Translate

31 March 2016

Mahkamah Rayuan Syariah hari ini memerintahkan bekas isteri Jimmy Shanley Norjahan Saleh dipenjara selama 3 hari berkuat kuasa hari ini

Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara 3 Hari

SHAH ALAM: Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini memerintahkan bekas isteri selebriti Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 36, dipenjara selama tiga hari berkuat kuasa hari ini berikutan mengingkari perintah berhubung hal lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka.
Bagaimanapun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut mengurangkan jumlah penjara terhadap Nursuhaila Eliani Suhaimy, 30, daripada tujuh hari ke tiga hari.
Penghakiman yang dibacakan Hakim Rayuan Syariah Datuk Aidi Moktar, menolak permohonan Nursuhaila Eliani untuk mengetepikan perintah komital (pemenjaraan) berkenaan dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah sudah memberi ruang dan peluang untuk perayu membela diri selain hukuman penjara itu juga tidak melanggar peruntukan undang-undang syariah Selangor.
Nursuhaila Eliani akan menjalani hukuman berkenaan di Penjara Wanita Kajang.

sumber: Kosmo! Online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 21 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Lecco viewed 'Motorcycling-Moto3 Rider Dupasquier Dies After Cra' 31 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 38 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 53 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 53 mins ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 57 mins ago
A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 59 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 12 mins ago