Translate

05 February 2016

Seramai 58 individu termasuk 12 wanita dihadapkan ke Mahkamah hari ini berhubung empat pertuduhan ajaran yang dikenali Millah Abraham



Seramai 58 individu termasuk 12 wanita dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan hari ini berhubung empat pertuduhan ajaran yang dikenali Millah Abraham.
mahkamah

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab.

Bagi pertuduhan utama, tiga daripada mereka iaitu Farzlie Rahmat, 40; Hamatun Mezi Wahab, 49; dan Sehadle Sa'aamah, 35; didakwa cuba menjelaskan doktrin berhubung agama Islam yang berlawanan dengan hukum syarak dengan mencampur adukkan kefahaman kandungan ayat al -Quran (surah al-Maidah ayat 3) dengan Bible yang dirujuk sebagai al kitab yanh dipercayai antara ciri-ciri doktrin dalam ajaran Millah Ibrahim@Abraham.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4 Akta Keaalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM5000 atau penjara maksimum 18 bulan atau sebatan tidak melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi hukuman jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga mereka turut menghadapi pertuduhan cuba mengajar apa-apa perkara berhubung agama Islam berkaitan surah sama tanpa tauliah.

Bagi kesalahan itu pula mereka didakwa mengikut Seksyen 11 akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5000 atau penjara maksimum 18 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tiga lagi individu iaitu Nor Azri Baharudin, 48; Mohd Halimin Mohd Nasir, 40; dan Mohd Agus Abu Samah, 39; dituduh dengan sengaja membantu satu majlis yang dikendalikan Farzlie; Hamatun Mezi dan Sehadle.

Bagi kesalahan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 43(c) Akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5000 atau penjara maksimum 18 bulan atau sebatan tidak melebihi enam kali atau mana-mana kombinasi hukuman jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, 52 lagi tertuduh didakwa mengambil bahagian bersama dalam satubmajlis yang dikendalikan Farzlie, Hamatun Mezi dan Sehadle mengikut Seksyen 43(b) akta yang membawa hukuman sama.

Kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 58 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Sakura, Pusat Belia Antarabangsa, Jalan Yaakob Latiff Bandar Tun Razak Cheras jam 8.32malam 1 Februari 2016.

Mahkamah hanya membenarka tiga daripada tertuduh wanita diikat jamin oleh pegawai kerajaan gred Jusa B yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan dan menetapkan 8 Mac depan untuk sebutan kes bagi merekod pengakuan kesemua tertuduh.
Sinar Harian

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED