Translate

26 February 2016

Dr Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing sebenarnya adalah haram.

Islam Haram Jual Beli Kucing - Dr. Fathul Bari



SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Dr Fathul Bari Mat Jahaya memberitahu ramai dalam kalangan masyarakat Islam tidak mengetahui bahawa hukum jual beli kucing sebenarnya adalah haram.

Menerusi rakaman video program beliau, Fokus Kitab Ahli Sunnah (Fokas) Fathul Bari berkata larangan itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

"Ini contoh mungkin mengejutkan kita, tapi memang betul pun dalam Hadis, nabi larang jual beli kucing, jadi kita perlu mengelak berurus niaga dalam hal ini," katanya.

Katanya juga, orang Islam dibolehkan untuk membela haiwan tersebut cuma larangan tersebut hanya ke atas urusan jual beli haiwan itu sahaja.

"Soal kita hendak bela, hendak jaga, hendak ambil tepi jalan ambillah," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

"Kenapa dilarang, apa masalahnya? Ini bukan soal kita suka atau tidak tetapi ia soal larangan daripada ALLAH," kata beliau.

Dipetik dari Facebook rasminya, Fathul Bari memetik hadis mengenai perkara itu bersama video rakaman tersebut :

Dari Abu Az Zubair, beliau berkata bahawa beliau pernah menanyakan pada Jabir mengenai hasil penjualan anjing dan kucing. Lalu Jabir mengatakan,

زَجَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ

"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang keras hal ini." [HR. Muslim no. 1569].

Abu Muhammad Ibnu Hazm mengatakan bahawa yang dimaksud dengan 'zajar' dalam hadis di atas adalah larangan keras. [Al Muhalla, 9: 13]

Lagi dari Jabir, beliau berkata,

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

"Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari hasil penjualan anjing dan kucing." [HR. Abu Daud no. 3479, An Nasai no. 4668, Ibnu Majah no. 2161 dan Tirmidzi no. 1279. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih].

 - Siakapkeli.my 

S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 4 hrs 46 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 5 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 5 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 5 hrs 57 mins ago