Translate

14 December 2015

Seorang imam dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai solat subuh maut dalam kejadian langgar lari

Imam Baru Balik Solat Subuh Maut Dilanggar Lari Di Lampu Isyarat


Bukit Mertajam: Seorang imam yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai solat subuh di surau maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di persimpangan lampu isyarat, Simpang Tiga Kubang Ulu, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi berkenaan,mangsa Tuan Haji Chee Saad Mat Aisa, 67, dikatakan melalui kawasan lampu isyarat  di simpang tiga Tiga Kubang tersebut.

"Bagaimanapun ketika berada di persimpangan lampu isyarat yang sedang hijau beliau telah bergerak tetapi tiba-tiba sebuah kereta jenis proton wira telah merempuh motosikal mangsa sebelum pemandunya dikatakan melarikan diri," kata saksi

Pemandu kereta berkenaan telah meninggalkan keretanya dilokasi kejadian.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat. -Siakapkeli.my



S

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED