KUALA LUMPUR 1 Dis.- Seniwati filem Melayu klasik, Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail, 82, meninggal dunia pada 7.32 malam tadi.
Mengesahkan berita ini adalah anaknya sendiri Melissa Saila yang turut memberitahu jenazah ibunya kini berada di rumah salah seorang lagi anaknya di Sentul, di sini.
Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Antara filem yang pernah dibintanginya ialah Tiga Abdul, Saudagar Minyak Urat, dan Setinggan. -
UTUSAN ONLINE