Ali Tinju Bagi Amaran, Melaka Tidak Selamat Pada 10 Oktober Ini
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali dengan nama Ali Tinju memberi amaran bahawa “Gerakan Merah” akan mengadakan perhimpunan di Melaka Raya pada 10 Oktober ini dan memberi amaran kawasan di Bandar Melaka itu tidak akan selamat pada tarikh itu.
Gerakan merah diadakan selepas mendakwa terdapat sekumpulan “samseng Cina” memukul penguatkuasa kerajaan pada awal Oktober lalu.
"Melaka Raya tidak akan selamat pada hari tersebut, Melaka Raya tidak akan selamat ini isyarat saya," kata Ali Tinju.
Bagaimanapun, menurut Ali Tinju keadaan tidak selamat yang dimasudkan itu bukan menjurus kepada kekecohan.
"Tidak selamat ini bukan berlaku kekecohan. Mungkin akan berlaku kemalangan. Bukan bermaksud tidak selamat itu berperang.
"Kita minta membuat pemantauan di sekitar Melaka Raya," katanya. - Siakapkeli.my
