Translate

26 December 2014

Seorang lelaki bertindak merempuh 8 buah kenderaan dengan lori pengangkutan sampah di Pangsapuri Permata Sari di Pusat Bandar Puchong

(14 Gambar) Lelaki Mengamuk Guna Lori, Rempuh 8 Buah Kereta di Puchong


PUCHONG, 25 Dis - Seorang lelaki bertindak merempuh beberapa buah kenderaan di Pangsapuri Permata Sari di Pusat Bandar Puchong, dalam satu kejadian kira-kira jam 10 pagi tadi.

Lelaki tersebut dilaporkan merempuh kenderaan-kenderaan terbabit dengan menggunakan sebuah lori pengangkut sampah setelah tidak berpuas hati dengan salah seorang penduduk di pangsapuri tersebut.

Menurut kenyataan sumber yang menghubungi Siakapkeli, penduduk pangsapuri yang menjadi mangsa amukan lelaki tersebut adalah abang iparnya sendiri.

Lelaki itu pada mulanya bertindak merempuh dua buah kereta milik abang iparnya iaitu sebuah Iswara dan sebuah Avanza menggunakan lori tersebut.


Bagaimanapun, beberapa kenderaan lain yang berada berhampiran turut menjadi mangsa amukan lelaki terbabit.

Menurut sumber itu lagi lapan buah kereta dan dua buah motosikal menjadi mangsa dalam kejadian tersebut. Selain itu beberapa struktur pangsapuri tersebut juga dilihat rosak disebabkan perbuatan lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki berbadan gempal itu sudah ditangkap oleh polis yang tampil ke tempat kejadian. - Siakapkeli.com.my

Gambar Kejadian














Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 31 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 28 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 1 hr 52 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 2 hrs 8 mins ago