Translate

19 December 2014

A Rahman & Fadilah Bakal Bernikah 25 Disember Ini

A Rahman & Fadilah Bakal Bernikah 25 Disember Ini | Datuk A Rahman Hassan dilaporkan akan melangsungkan pernikahan dengan pelakon drama, Fadilah Mansor pada malam 25 Disember ini.

A Rahman & Fadilah Bakal Bernikah 25 Disember Ini

Majlis perkahwinan mereka akan diadakan di sebuah dewan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perkara itu disahkan sendiri penyanyi yang terkenal dengan kumpulan Orkes Nirwana itu kepada BH Online.

Baginya keputusan berkahwin bukan berbalik kepada soal rasa atau hukum, tapi berpaksi kepada keredaan dengan ketentuan Allah.

Pasangan ini akan diraikan di PWTC dengan penuh eksklusif dengan majlis akan dimulakan dengan pernikahan dan diikuti dengan acara keraian.

Ini adalah perkahwinan kedua beliau selepas kematian isteri, Allahyarham Datin Azizah Mohamad, April tahun lalu.

Fadilah juga sudah tiada lagi ikatan dengan Ahmad Ibrahim atau Mat London kerana mahkamah telah pun mengesahkan perceraian mereka hari ini.

"Saya mula kenal dia (Fadilah) raya tahun lalu di sebuah majlis hari raya. Ketika itu kami saling bertukar nombor telefon. Hanya selepas beberapa lama dari pertemuan itu kami ada berhubungan dan bertemu sekali dua.

"Hubungan kami jadi serius raya tahun ini. Malah saya sempat bawa dia berkenalan dengan anak, adik beradik serta sanak saudara sebelah saya dan juga sebelah arwah isteri saya. Bagi saya hubungan ini penting untuk diketahui mereka yang rapat dengan saya.

"Saya berpisah dengan arwah isteri pun secara bercerai mati. Apa yang saya boleh katakan dia boleh sesuaikan dengan mereka yang rapat dengan saya termasuklah anggota Orkes Nirwana yang saya anggap seperti ahli keluarga sendiri selepas 50 tahun mengenali," katanya.

Bagi Datuk A Rahman Hassan, perhubungan mereka boleh ditafsir unik. Ia terjadi dengan pemahaman daripada bahasa badan.

"Tak adalah serius nak melamar macam orang muda. Saya hanya cakap nak kahwin dengannya. Kerana itu juga saya memberanikan diri bertemu abang, kakak dan ahli keluarganya juga. Selain itu yang menjadi pendorong kuat untuk saya kahwin ini ialah sahabat baik saya sendiri.

"Beliau ialah Datuk Wahab Abdullah seorang ahli politik. Beliau menjadi sokongan kuat untuk saya berkahwin lain. Majlis kami ini pun jadi lancar, InsyaAllah kerana ada kawan yang bantu cari penaja untuk pelamin, dekorasi, baju kahwin dan cenderahati untuk tetamu," katanya.


Sempat ditanya mengenai apa ciri istimewa yang ada pada cinta hatinya itu, beliau menyifatkan Fadilah seorang yang lemah lembut dan serasi dengannya.

"Saya percaya proses kenal-kenalan itu akan terus mekar bila hidup bersama. Dia juga sangat bertolak ansur," katanya.
- See more at: http://kezoom.blogspot.com/2014/12/a-rahman-fadilah-bakal-bernikah-25.html#.VJP_nF4C4

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED