Translate

25 July 2014

Kereta Fizo Omar terbabit kemalangan empat kenderaan

Fizo Omar terbabit kemalangan empat kenderaan

Kota Bharu: Seorang wanita berusia 31 tahun parah di kepala selepas tersepit akibat kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk kereta milik pelakon Fizo Omar di Kilometer 69.7 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kuala Krai, jam 1.15 petang semalam.
Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, kereta jenis Audi milik Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar remuk di bahagian depan akibat kemalangan tersebut.
Kemalangan itu juga membabitkan ibu, adik dan pembantu peribadinya.
fizo omar dan mawar kemalangan
Pic from Amboi,com

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu adik Fizo, Wan Normimi Adila, 19, dari arah Kuala Krai cuba mengelak sebuah kenderaan yang tiba-tiba keluar daripada simpang, sebelum bertembung dengan sebuah van, dan kereta jenis Proton Iswara dipandu Lim Lee Lin, 31.
Katanya, akibat pertembungan itu, Proton Iswara dipandu Lim berpusing dan berlanggar dengan Proton Wira dipandu seorang lelaki dari arah belakang.
"Lim parah di kepala dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini, manakala pemandu dan penumpang tiga kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Arab Saudi beri amaran terhadap saluran tidak rasm' 4 hrs 46 mins ago