Translate

07 April 2014

Cintai Tunang Orang : Usop Wilcha Minta Eina Azman Berterus-Terang

Cintai Tunang Orang : Usop Wilcha Minta Eina Azman Berterus-Terang

..
Orang lain punya isu, orang lain yang 'tolong' jawabkan. Pelakon dan bekas penyampai radio Hot.FM, Usop Wilcha berkata beliau akan bertemu dengan pelakon kontroversi Eina Azman bagi membincangkan isu terbaharu wanita itu yang dikatakan bercinta dengan tunang orang.
Usop Wilcha dilantik sebagai perunding bagi menyelesaikan isu berkaitan kontrak dan kontroversi yang dihadapi pelakon itu dibawah syarikat pengurusan miliknya.
Justeru beliau akan meminta pelakon wanita tersebut menjelaskan situasi sebenar tentang dakwaan itu dan cuba mencari penyelesaian.
"Saya akan jumpa Eina untuk berbincang tentang isu permasalahan kontrak sebelum ini termasuk isu peribadi hubungan cinta tersebut.
"Saya akan menasihatkan dia apa yang perlu dan tidak patut dilakukan terutama sekali jika berlaku isu yang boleh menjejaskan nama baik dia seperti ini," katanya sseperti yang dilaporkan mStar Online, hari ini.
Usop Wilcha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan sebuah akhbar pada Ahad berhubung gambar mesra yang dimuat naik oleh Eina Azman di laman sosialnya.
Gambar mesra dan berpegangan tangan itu dikatakan seorang lelaki tunangan orang.
Tambah Shy8, Eina seharusnya lebih barhati-hati dalam memuat naik sebarang gambar yang boleh mengaitkannya dengan sebarang kontroversi.
"Sebagai orang muda saya faham dia ingin berkongsi tentang kegembiraannya dengan memuat naik gambar-gambar peribadi, namun sebagai artis dia seharusnya berfikir panjang tentang kesan baik dan buruk.
"Selepas berlaku isu seperti ini, dia juga harus bijak mengawal situasi agar tidak menjejaskan nama baik dia, kalau betul bercinta mengaku sahaja," katanya.

sumber : mStar online

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED