Translate

08 April 2025

Sultan Pahang titah pentingkan keselamatan jalan raya



Sultan Pahang titah pentingkan keselamatan jalan raya

Bernama

08/04/2025


Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas berkenan mencemar duli menyantuni keluarga mangsa kemalangan maut Muhammad Hazeem Hazimi Mohd Shamsuddin. - Foto Facebook/Kesultanan Pahang


KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat agar sentiasa menekankan aspek keselamatan terutamanya ketika di jalan raya.

Baginda bertitah aspek keselamatan dan sikap berhati-hati mampu membantu pengguna jalan raya daripada terlibat dengan sebarang kejadian tidak diingini.

"Al-Sultan Abdullah juga menasihatkan setiap penunggang motosikal agar sentiasa memakai topi keledar dan memiliki lesen kenderaan sah," menurut hantaran dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang hari ini.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian selepas berkenan mencemar duli menyantuni keluarga mangsa kemalangan maut Muhammad Hazeem Hazimi Mohd Shamsuddin, 19, di kediaman mereka di Kampung Seri Chempaka, di sini semalam.

Muhammad Hazeem Hazimi meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) akibat parah di kepala, selepas motosikalnya terbabas kerana terlanggar lubang di Jalan Kuantan-Cherok Paloh di sini, pada Jumaat.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hilden viewed 'CIMB Bank beli 16 hartanah KWSP pada harga tunai R' 43 mins ago
A visitor from Bandar baru bangi viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AirAsia X gantung penerbangan Kuala Lumpur - Nairo' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from New york viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Alexandria viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Silver spring viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 2 hrs 53 mins ago