Translate

08 April 2025

Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS susulan kebimbangan kadar tarif



Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS susulan kebimbangan kadar tarif

Bernama

08/04/2025


Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4885/4930 berbanding dolar AS daripada 4.4775/4840 ketika ditutup pada Isnin. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan terjejas oleh kebimbangan pasaran yang berlarutan terhadap kadar tarif Presiden AS Donald Trump.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4885/4930 berbanding dolar AS daripada 4.4775/4840 ketika ditutup pada Isnin.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama yang lain.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit seketika mencecah RM4.5000 berbanding dolar AS semasa sesi dagangan awal pagi sebelum meningkat sedikit kemudiannya pada hari yang sama.

Beliau berkata, Trump nampaknya bertekad mempertahankan pendirian dasarnya dan terus mengamalkan pendekatan konfrontasi terhadap negara yang bertindak balas terhadap tarif AS, selain menunjukkan tempoh gangguan berkaitan tarif yang berpanjangan.

"Masih belum pasti sejauh mana pentadbiran Trump akan terbuka untuk rundingan dengan negara-negara lain dan ini jelas menambah ketidakpastian terhadap prospek ekonomi global pada tahun ini.

"Pasaran mata wang dijangka kekal tidak menentu dalam jangka pendek," katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang utama hari ini.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0501/0533 daripada 3.0655/0704 dan naik berbanding euro kepada 4.9005/9055 daripada 4.9100/9172 serta meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7210/7268 daripada 5.7491/7575 semalam.

Ringgit kebanyakannya melonjak berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ringgit lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.8898/9094 daripada 12.9128/9408 dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 265.7/266.1 daripada 266.1/266.6 ketika ditutup semalam.

Mata wang tempatan tersebut mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3224/3259 daripada 3.3228/3281 sebelumnya, tetapi turun berbanding peso Filipina kepada 7.83/7.84 daripada 7.79/7.81.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Brandenburg viewed 'Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sem' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 42 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 1 hr 24 mins ago