Translate

08 April 2025

Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Malaysia



Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Malaysia

Bernama

08/04/2025


Kenderaan EV itu juga mencatat pencapaian baharu menerusi penghantaran sebanyak 1,853 unit bagi tempoh suku pertama tahun ini. - Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 mengekalkan kedudukan teratas dalam segmen itu selama tiga bulan berturut-turut sejak Januari 2025, sekali gus menjadikannya model EV terlaris di negara ini.

Dalam kenyataannya, Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat pengeluar kereta nasional Proton berkata sebanyak 797 unit Proton e.MAS 7 berjaya dijual pada Mac lepas.

Kenderaan EV itu juga mencatat pencapaian baharu menerusi penghantaran sebanyak 1,853 unit bagi tempoh suku pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET Zhang Qiang berkata pegangan pasaran model itu setakat tahun ini mencecah 30 peratus yang mengukuhkannya di kedudukan pertama EV di Malaysia.

"Pencapaian itu menjadi pendorong untuk kami dalam menawarkan produk berkualiti serta pengalaman terbaik untuk pelanggan.

"Matlamat kami bukan hanya sekadar menjual kereta tetapi ingin membangunkan ekosistem berserta infrastruktur pengecasan EV yang lengkap di Malaysia" katanya.

Kajian terkini oleh PRO-NET juga menunjukkan tiga alasan utama pelanggan memilih Proton e.MAS 7 merangkumi nilai berbaloi dengan harga ditawarkan, ruang kabin dan ruang bagasi yang luas serta ciri-ciri inovatifnya.

PRO-NET berkata selain direka untuk rakyat Malaysia dengan harga mampu milik, pelbagai ciri terbaik termasuk ruang kabin dan bagasi yang luas serta ciri inovatifnya juga menjadikan Proton e.MAS 7 sebagai pilihan pelanggan.

Ekosistem pengecasan dengan aplikasi Proton e.MAS 7 turut memudahkan akses kepada lebih 2,300 lokasi pengecasan awam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 14 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Actor Zul Ariffin has claimed that a viral s*x vid' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 4 hrs 59 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 6 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 7 hrs 42 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 7 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 8 hrs 39 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 9 hrs 20 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 9 hrs 27 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 9 hrs 30 mins ago