Translate

08 April 2025

Kastam Pahang rampas bijih timah, kapal dan lori bernilai RM4.107 juta



Kastam Pahang rampas bijih timah, kapal dan lori bernilai RM4.107 juta

Bernama

07/04/2025


Mohd Asri (tengah) menunjukkan foto sebuah kapal dan lori yang terlibat dalam pemunggahan bijih timah di jeti haram melibatkan nilai melebihi RM4 juta pada sidang media di Wisma Kastam Pahang, hari ini. - Gambar Bernama


KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang buat kali pertama menumpaskan aktiviti pemunggahan bijih timah secara haram dengan anggaran barang rampasan, termasuk bijih timah bernilai RM4.107 juta dalam serbuan di sebuah jeti dekat Rompin pada 11 Mac lepas.

Pengarah JKDM Pahang Mohd Asri Seman berkata serbuan pada 2 pagi oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pahang itu turut menahan seorang suspek lelaki warga tempatan dan empat lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 23 hingga 53 tahun.

"Hasil pemeriksaan, pasukan menemukan sebuah lori bersama muatan dipercayai bijih timah yang disimpan di dalam guni berwarna putih. Siasatan lanjut ke atas sebuah kapal di jeti itu turut menemukan bahan mineral sama di dalam ruang penyimpanan.

"Perolehan bagi kes ini melibatkan sebanyak 600 guni bijih timah seberat 50 kilogram (kg) setiap satu, menjadikan jumlah keseluruhan 30,000 kg dengan nilai RM2.857 juta. Kita turut merampas barang kes iaitu lori dan kapal berkenaan bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mohd Asri berkata modus operandi sindiket terbabit ialah mereka mengimport sumber mineral dari negara jiran tanpa dokumen sah dan mendaratkannya di jeti haram pada awal pagi bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Kita percaya bijih timah berkenaan dibawa dari negara jiran ke negara ini untuk diproses bagi dijadikan jongkong," katanya.

Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 116C Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 1 hr 5 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Perm viewed 'A woman, who was filmed making out with a man in t' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Penduduk terjejas dak' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Sachsen viewed 'Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PM' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Warga Emas Dilanggar Di Restoran Makanan Segera Me' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Di mana Jho Low? Hanya 25 in' 3 hrs 40 mins ago