Translate

11 April 2025

JKNP siasat aduan kelakuan tidak senonoh pegawai perubatan



JKNP siasat aduan kelakuan tidak senonoh pegawai perubatan

Bernama

11/04/2025


JKNP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan jawatankuasa itu susulan tiga aduan diterima pihaknya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) pada Rabu dan semalam berhubung individu tersebut. -Facebook JKNP


KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat tatakelakuan seorang pegawai perubatan di sebuah fasiliti kesihatan di negeri ini yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh dan tidak profesional terhadap orang awam.

JKNP menubuhkan Jawatankuasa Siasatan untuk menyiasat tatakelakuan seorang pegawai perubatan.

Tiga aduan diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) berhubung individu tersebut.

JKNP menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

JKNP dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan jawatankuasa itu susulan tiga aduan diterima pihaknya melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) pada Rabu dan semalam berhubung individu tersebut.

"Sehubungan itu, satu Jawatankuasa Siasatan dilantik pada 10 April bagi menyiasat kesahihan aduan tersebut.

"Siasatan sedang dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan. JKNP tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut hingga siasatan disempurnakan bagi menjamin integriti siasatan," menurut kenyataan itu.


JKNP menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, untuk tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-570 7836 / 7835 / 7847.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Belfast viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 3 hrs 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 5 hrs 21 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 5 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 43 mins ago