Translate
05 November 2024
Dua beradik warga India bebas pertuduhan bunuh suami isteri
Dua beradik warga India bebas pertuduhan bunuh suami isteri
Bernama
04/11/2024
Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim secara sebulat suara melepas serta membebaskan Sagar Sharma dan Shubham Sharma selepas memutuskan terdapat merit dalam rayuan mereka. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Dua beradik warga India terlepas tali gantung apabila Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh sepasang suami isteri yang mayat mereka disumbat dalam beg pakaian sebelum dibuang ke longkang di lokasi berasingan di Shah Alam, lima tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim secara sebulat suara melepas serta membebaskan Sagar Sharma, 29, dan Shubham Sharma, 24, selepas memutuskan terdapat merit dalam rayuan mereka.
Ahmad Zaidi berkata mahkamah mendapati hakim Mahkamah Tinggi tersalah arah apabila menerima masuk keterangan saksi-saksi pendakwaan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950 dan tiada bukti yang mengaitkan kedua-dua perayu dalam kesalahan jenayah itu.
"Mahkamah juga mendapati sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi tidak selamat untuk dikekalkan.
"Oleh itu, rayuan perayu dibenarkan dan mereka dilepas serta dibebaskan daripada pertuduhan," katanya yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril.
Kedua-dua beradik menangis selepas mendengar keputusan itu.
Kedua-dua lelaki, yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Nov 2022 menjatuhi hukuman mati ke atas mereka bagi kesalahan membunuh Lim Ah Kee @ Lim Kok Hoe, 79, dan Tan Siew Mee, 52.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Subang Jaya antara 8 malam 23 Ogos dan 3.20 pagi 24 Ogos 2019 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Terdahulu, peguam Afifuddin Ahmad Hafifi berhujah hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila menerima masuk keterangan dua saksi pendakwaan di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
Beliau berkata kedua-dua saksi, yang juga pegawai polis, tidak mengemukakan sebarang catitan bagi membuktikan serta mengesahkan maklumat yang diberikan oleh kedua-dua perayu kepada mereka.
"Ini merupakan satu salah arah undang-undang yang material kerana peruntukan di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan memerlukan beban pembuktian yang tinggi.
"Jika tidak, ia boleh disalahgunakan dan wujud kebarangkalian maklumat yang diberikan tidak tepat, salah atau sepertimana dimaklumkan di mahkamah.
"Kedua-dua saksi juga gagal menjelaskan perkataan sebenar yang digunakan oleh kedua-dua perayu yang membawa kepada penemuan beg mengandungi mayat mangsa dan tidak wujud sebarang keterangan ayat secara verbatim yang digunakan oleh kedua-dua perayu bagi membolehkan mahkamah menilai sama ada keterangan itu jatuh di bawah Seksyen 27 Akta Keterangan," katanya.
Afifuddin juga berhujah perayu tidak faham Bahasa Melayu dan tidak ada keterangan mengenai bahasa serta ayat yang digunakan oleh kedua-dua beradik ketika memberikan maklumat kepada pihak polis sehingga membawa kepada penemuan beg berisi mayat mangsa.
Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang pula berhujah maklumat yang diberikan oleh kedua-dua perayu membawa kepada penemuan mayat mangsa adalah memadai untuk mengaitkan mereka dengan kesalahan bunuh.
"Terdapat laporan polis menyatakan soal siasat dijalankan terhadap tertuduh dan didapati tertuduh faham Bahasa Melayu serta dengan rela hati memberitahu di mana barang kes seperti pisau diletakkan dan kesukarelaan perayu memberi maklumat ini juga tidak dicabar oleh pembelaan semasa perbicaraan," katanya.
Beliau berkata kedua-dua beradik tinggal bersama pasangan suami isteri itu dan berdasarkan keterangan saksi yang juga jiran si mati, mangsa ada menyatakan perayu adalah anak angkat mereka.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
DHL cargo plane crashes in residential area 25/11/2024 Initial reports indicated that there were four people on board the ill-fated plane ...
-
Woman hit by car at pedestrian crossing while chasing young boy dashing across road image: http://www.thestar.com.my/~/medi...
-
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi Astro Aani 25/11/2024 Majlis Kerja Tertinggi UMNO se...
-
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta Astro Awani 27/11/2024 Asto menganggap keputusan ini sebagai sat...
Popular Posts - Last 30 days
-
CNN CBS AP BBC US PRESIDENTIAL ELECTIONS LIVE RESULTS: https://edition.cnn.com/election/2024/results/president?elec...
-
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM Bernama 04/11/2024 Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik m...
-
Ringgit advances as domestic optimism offsets US rate concerns Bernama 18/11/2024 Bank Muamalat Malaysia Bhd chief economist Dr Mohd Afzani...
-
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku Astro Awani 26/11/2024 Deanesh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan ya...
-
Sugar overload: A growing threat to kidney function Bernama 16/11/2024 Approximately 3.8 mln Malaysians suffer from chronic kidney disease, ...
-
Lyia Meta, the first Malaysian singer nominated in the Grammy Awards Astro Awani 11/11/2024 Lyia Meta continues to strengthen her position...
-
TikTok gives assurance to cooperate with MCMC, BNM to address cyberbullying, scams Bernama 14/11/2024 PM Datuk Seri Anwar Ibrahim meeting w...
Blog Archive
-
▼
2024
(4537)
-
▼
Nov 2024
(768)
- Pemandu Grab Rugi RM500,000
- Man suspected of threatening to kill Trump arrested
- Tiga Mangsa Rentung, Kereta Terbakar Rempuh Tembok...
- 5 Premis Makanan Di Klang Kotor
- KPDN kesan peniaga sorok bekalan minyak masak peket
- Penganggur dituduh rogol gadis bawah umur anak yat...
- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
- 91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkait...
- Fahmi akan bertemu pengurusan tiga portal berita b...
- KRU artis Malaysia pertama menggunakan AI Generati...
- Lapan orang termasuk pesara kerajaan aktif ajaran ...
- Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibu...
- Gautam Adani faces charges for securities law viol...
- Guru MIliki Ganja
- Wang KWSP Setengah Juta Ringgit "Lesap"
- Saya tengok PM 'bersilat' nak lepas perangkap send...
- Liverpool 2-0 Real Madrid | Champions League 24/25...
- 37,189 mangsa banjir melibatkan 11,385 keluarga se...
- Immigration Dept arrests 119 illegals in raid on P...
- Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjar...
- Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pen...
- Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama un...
- Pengganas paling dikehendaki FBI diberkas di UK
- Nicol David terima sijil daripada Harvard Business...
- SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururaw...
- Beras sekampit 5kg berharga RM15 mula dijual bulan...
- Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasiha...
- Bunuh pelajar kolej vokasional: Hakim beri amaran ...
- Perhilitan tangkap harimau serang haiwan ternakan
- Lima Pegawai Kadet Dibuang, Diarah Bayar Ganti Rugi
- Trump nominated businessman John Phelan for the po...
- Pakistani forces launch midnight raid on ex-PM Imr...
- Trump team signs transition agreement with Biden W...
- Najib, Mohd Irwan granted DNAA for six CBT charges...
- Warga emas maut kereta dihanyut arus
- Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pec...
- Israeli politician dragged out of Israel Parliamen...
- Enam Suspek Samun Empat Kilogram Emas Diburu
- Lebih RM2 bilion bajet MINDEF diseleweng- Che’GuBard
- LELAKI SOUND USAHAWAN KOSMETIK DATO SERI VIDA BELA...
- Why is Wee Ka Siong doing the opposition's job? - ...
- Health Minister breaks down in Parliament
- Diancam boikot beri makan anjing, pemilik restoran...
- Anak Penyanyi Ditahan Disyaki Curi Ferrari
- Statement Penuh Dato Vida Isu Hutang Rm 1 Juta “Ko...
- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
- APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
- Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pende...
- Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Fe...
- ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
- PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operas...
- Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 ...
- SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam p...
- Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu pa...
- ‘C4Cinta’ sets record as highest-grossing Malaysia...
- Hyundai to invest RM2.16 bil in Malaysia through s...
- 'No one will win a trade war,' China says after Tr...
- Pergi Mekah Minta Ampun Balik Malaysia Minta Rasua...
- Bayern Munich 1-0 PSG | Champions League 24/24 Mat...
- Sporting CP 1-5 Arsenal | Champions League 24/25 M...
- Manchester City 3-3 Feyenoord | Champions League 2...
- Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea...
- Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan ...
- Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket...
- Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelabura...
- Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman ...
- Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2....
- Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpul...
- Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum p...
- Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
- APM Tangkap Ular Sawa Dalam Siling Rumah
- Transport Ministry to study proposal for senior ci...
- Govt won't allow non-citizen vehicles to enjoy RON...
- Judge tosses Trump 2020 election case after prosec...
- Abolition of examination in schools to reduce pres...
- Man charged with mother's murder, storing body in ...
- Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal...
- RM228.2 Juta Nilai Dadah Dirampas Telah Dilupus Se...
- Veteran Umno mahu Anwar pecat Tiong, dakwa dia ant...
- Mekanik didakwa memandu mabuk sebabkan kematian su...
- 'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
- Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti ...
- Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di W...
- Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
- MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengeru...
- Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend ...
- Mangsa banjir meningkat di lima negeri
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa ...
- Transport Ministry to study proposal for senior ci...
- Polis kutip lebih RM9 juta saman trafik tertunggak...
- Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuh...
- 174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pel...
- Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hamp...
- Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih ...
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik ber...
- Penumpang warga asing kecoh di KLIA, meninggal dunia
- Pensyarah didakwa hina Nabi sudah direkod keterang...
- Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses tu...
- Govt does not use private company funds for offici...
- 12 probe papers opened on GISB, 7 brought to court...
-
▼
Nov 2024
(768)