MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan orang ramai tidak akan disaman sekiranya tidak memuat naik aplikasi MyJPJ selain tidak dapat menunjukkan cukai jalan secara digital ketika penguatkuasaan dilaksanakan.
Anthony berkata, ia berikutan penguat kuasa boleh mengesahkan status cukai jalan dan lesen melalui sistem dalam gajet penguatkuasaan.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan dimuat naik di Facebook rasminya.
Anthony Loke
Selepas pengumuman saya pagi tadi bahawa pelekat "road tax" tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, saya tahu ramai yang ada pelbagai persoalan. Saya akan memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya;
1) Adakah wajib untuk download apps "MyJPJ"?
Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.
2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?
Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.
3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?
Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal.
4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?
Jangan bimbang, digital format bukan diwajibkan. Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu.
5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?
Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta. Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan...pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka.
6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?
Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi.
Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya.
Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan. Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut.
Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin
Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini.
Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik.
Terima kasih!