Translate

08 February 2023

Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 tidak ikut prosedur dibentang di Parlimen

 Kertas Putih perolehan vaksin COVID-19 tidak ikut prosedur dibentang di Parlimen




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini.

08/02/2023 03:12 PM

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Kertas Putih berkaitan perolehan dan kos pembelian vaksin COVID-19 yang didapati tidak mengikut prosedur sebelum ini akan dibentangkan padapersidangan Parlimen akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perolehan bekalan vaksin berkenaan telah dilakukan oleh menteri kesihatan ketika itu tanpa melalui persetujuan Peguam Negara (AG).

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini, Anwar berkata  Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa akan memperincikan  perkara tersebutapabila Kertas Putih berkenaan dibentangkan nanti.

“Kertas Putih ini akan dibentangkan kerana pada peringkat awal dikesan terdapat ketirisan kerana dipercayai tidak melalui peraturan atau proses yang sepatutnya. Perolehan bagisesetengah vaksin ini amat diragui dari segi jumlah dan kos yang terlibat,” katanya.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED