Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alza berkenaan sebenarnya terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia dan ia dikejar oleh kereta peronda berkenaan.
“Pada 2 Febuari 2023 lebih kurang 8.00 pagi semasa Peronda Kl-Lancang JSPT Bukit Aman, Kpl Vijayan A/L Sivarajah bersama Kpl Mohd Khairul Azhar b. Zakaria sedang membuat rondaan di KM 29 Jalan KL – Lanchang menghala barat telah mengesan satu mpv jenis Perodua Alza di dalam keadaan mencurigakan. Semasa ditahan mpv tersebut tidak berhenti dan terus memecut menghala ke Tol Gombak dan merempuh palang Tol di Plaza Tol Gombak.” tulis kenyataan tersebut.
“Hasil bantuan Gerakan JSPT Bukit Aman, mpv tersebut berjaya ditahan di Lebuhraya MRR2 menghala ke Sungai Buloh dan pemeriksaan mendapati (1) lelaki warga tempatan, (10) lelaki dan (1) wanita dipercayai warga asing berada di dalam mpv tersebut. Semakan awal dapati kesemua tangkapan warga asing tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” tulis kenyataan tersebut.
Polis mengesahkan kesemua mereka yang ditahan telah dibawa ke IPD Petaling Jaya dan ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah dan warga tempatan yang ditangkap tersebut disiasat di bawah SOSMA yang diperuntukkan dibawah Seksyen 4(5) SOSMA 2012 manakala 11 warga asing disiasat dibawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen (pindaan) 2002 (Akta 155).