Translate

07 February 2023

Dr. Nagulendran dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baharu, berkuat kuasa Februari 2

 Nagulendran dilantik KSU KBS baharu

February 2, 2023



(Foto Facebook Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara)

(Foto Facebook Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara)




PUTRAJAYA, 2 Februari- Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baharu, berkuat kuasa hari ini.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata pelantikan Nagulendran, 53 tahun berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas serta pengetahuan beliau dalam pembangunan generasi masa depan.


Beliau pernah memegang pelbagai jawatan di pelbagai bidang seperti sumber manusia, perancangan dasar dan teknologi strategik di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.


Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.


Nagulendran telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik bermula pada 25 Januari 1995 dan mempunyai Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Tadbir Urus Biodiversiti dari University Of Nottingham, Ijazah Sarjana Pengurusan Alam Sekitar, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia.


"Saya percaya dengan pengalaman serta kredibiliti dimiliki Nagulendran untuk menerajui KBS dapat dilaksanakan dengan penuh integriti dan profesional dalam memenuhi aspirasi Malaysia Madani ke arah mewujudkan golongan belia yang patriotik, bersatu padu, berdisiplin dan berbudaya sukan demi perpaduan dan pembangunan negara," katanya menerusi kenyataan.



(Foto Facebook KBSMalaysia)


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas sia' 52 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Police investigating when alleged abuse of Air Ita' 13 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Polis kesan terdapat unsur penipuan |' 14 mins ago
A visitor from Boydton viewed 'Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Za' 35 mins ago
A visitor from Perm viewed 'Bapa mengaku bersalah sumbang mahram bersama anak ' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KL CityWalk Launched - a variety of over 30 food a' 57 mins ago
A visitor from Berlin viewed 'Borussia Dortmund 2-3 Barcelona | Champions League' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen pal' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed '9 Kenderaan Terlibat Nahas Di Ulu Tebrau | BEST FB' 1 hr 50 mins ago