Translate

21 December 2022

Ebit Lew kirim gambar lucah melalui WhatsApp - Saksi

 Ebit Lew kirim gambar lucah melalui WhatsApp - Saksi

ASTRO AWANI

Disember 20, 2022 Ebit Lew kirim gambar lucah melalui WhatsApp - Saksi

Firdaus Wong Wai Hung yang menjadi saksi pada perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew turut memaklumkan kepada mahkamah, gambar dan mesej yang dikirim dilihat sendiri olehnya.

Ebit Lew kirim gambar lucah melalui WhatsApp - Saksi

Firdaus Wong Wai Hung yang menjadi saksi pada perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew turut memaklumkan kepada mahkamah, gambar dan mesej yang dikirim dilihat sendiri olehnya.

TENOM: Mahkamah Majistret Tenom, hari ini, diberitahu, pendakwah terkenal, Ebit lew didakwa pernah menghantar gambar kemaluan lelaki kepada pengadu melalui aplikasi WhatsApp.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, 39, yang menjadi saksi pada perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit turut memaklumkan kepada mahkamah, gambar berkenaan dilihat sendiri olehnya.

Dalam masa sama, Firdaus mendakwa, Ebit juga pernah mengirim pesanan menerusi WhatsApp kepada pengadu agar pengadu meminta diceraikan suami.



Dakwanya, semua mesej dan gambar berkenaan dilihat sendiri apabila bertemu dengan ‘pengadu’ dan suami selepas laporan polis dibuat pada 7 Ogos 2021.

“Antara pesanan adalah satu mesej suara daripada Ebit Lew kepada ‘pengadu’ yang berbunyi ‘tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit’.

“Terdapat juga pesanan bertulis menerusi Whatsapp yang berbunyi ‘minta husband you ceraikan you, I bayar you’.

“Saya juga melihat gambar kemaluan lelaki di dalam perbualan antara ‘pengadu’ dan Ebit Lew,” katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada perbicaraan kes gangguan seksual di Mahkamah Majistret Tenom, di sini, pada Selasa.

Ebit atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim, 37, pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani sebelum ini mengenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan terhadap Ebit yang tidak mengaku salah atas 11 pertuduhan berkenaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BARA NAGA | Co' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 2 hrs ago
A visitor from Jambi viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 34 mins ago