Translate

10 October 2022

Stylish Malaysia beats Indonesia 5-1 in QUALIFIERS AFC U17 ASIAN CUP to top group and qualify for the finals.

 

Indonesia 1-5 Malaysia

Muhammad Wafiy starred with a brace to as Malaysia stunned previously unbeaten Indonesia. 


Muhammad Zainurhakimi put Malaysia ahead in the 18th minute before goals from Wafiy (20th) Muhammad Anjasmirza (24th) and Afiq Danish (27th) gave them a 4-0 lead by the half-hour mark.


Wafiy scored his second from the spot in the 39th minute with Indonesia’s Arkhan Kaka Putra scoring a consolation in the second half added time.



Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia sahkan kelayakan, belasah Indonesia 5-1

Astro Arena

Oktober 9, 2022 



Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia sahkan kelayakan, belasah Indonesia 5-1

Malaysia mengesahkan kelayakan automatik ke kejohanan utama tahun depan dengan menjuarai saingan Kumpulan B. - Gambar/ Stadium Astro utama tahun depan dengan menjuarai saingan Kumpulan B. - Gambar/ Stadium Astro

MALAYSIA 5 INDONESIA 1

SKUAD B-17 negara mengesahkan kelayakan ke Kejohanan Bola Sepak Piala Asia B-17 2023 dengan cukup bergaya selepas membelasah Indonesia 5-1 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Pakansari, Bogor sebentar tadi.


Dalam aksi pusingan kelayakan itu, skuad muda negara menghasilkan lima gol tanpa dibolosi sepanjang babak pertama bermula dengan jaringan Zainurhakimi Zain pada minit ke-17.



Tiga minit kemudian, giliran Arami Wafiy Zakimi mencatatkan nama selaku penjaring sebelum Anjasmirza Saharudin menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-23.

Tiga jaringan awal itu jelas meruntuhkan semangat juang pemain muda Indonesia dan kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya skuad negara untuk menambah jaringan hasil penyudah Afiq Danish Zulkifli pada minit ke-26.


Belum cukup dengan itu, asakan berterusan yang dilakukan Harimau Muda kemudian menyaksikan mereka diberikan sepakan penalti selepas Zainurhakimi dijatuhkan lawan dan Arami Wafiy tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan itu bagi meletakkan Malaysia selesa dengan kelebihan lima gol pada minit ke-38.

Skuad negara beraksi dengan lebih tenang dan agak santai dalam babak kedua dan berhasil mempertahankan gawang selama 90 minit sehinggalah Arkhan Kaka Putra memperoleh gol sagu hati buat Indonesia dalam waktu kecederaan.

Dengan kemenangan itu, Malaysia mengesahkan kelayakan automatik ke kejohanan utama tahun depan dengan menjuarai saingan Kumpulan B dengan 10 mata daripada empat perlawanan dan satu mata mengatasi Indonesia di tempat kedua.

Indonesia pula gagal meneruskan kemaraan ke kejohanan utama selepas gagal berada dalam kelompok enam teratas daripada 10 pasukan di tangga kedua terbaik. - Stadium Astro



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED