Translate

27 October 2022

Cek tendang: Penceramah bebas mengaku tidak bersalah menipu

 Cek tendang: Penceramah bebas mengaku tidak bersalah menipu

Bernama

Oktober 26, 2022


Cek tendang: Penceramah bebas mengaku tidak bersalah menipu

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

SEREMBAN: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan melakukan penipuan dengan menyerahkan cek tendang bagi urusan perkhidmatan fotostat kertas soalan peperiksaan melibatkan RM4,287.70, empat tahun lepas.

Muzzamil Soliheen Musa, 45, juga penulis buku, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Melati Square, Putra Nilai, Nilai kira-kira 4 petang pada 14 Mei 2018.



Dia dituduh memperdaya Ling Shin Hin bagi perkhidmatan fotostat kertas soalan peperiksaan sebuah sekolah rendah dengan menyerahkan sekeping cek bernilai RM4,287.70, tetapi cek itu dibatalkan.



Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zainul Hashimi manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Mustafha.


Majistret Mohd Firdaus Saleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Nov depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED