Translate

30 August 2022

Tular video Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik di media sosial - jawapan pegawai tentera kepada Air Times mengejutkan! (...Inikan Raptai)

 Bendera terbalik: Apa yang pelik, inikan raptai

Airtime.my

29 August 2022


Bendera terbalik: Apa yang pelik, inikan raptai



Bendera terbalik: Apa yang pelik, inikan raptai



KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Hari ini tular video Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik di media sosial. Kejadian berlaku semasa raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan yang sedang dijalankan di Dataran Merdeka, hari ini.


Air Times semasa melakukan liputan acara raptai berkesempatan untuk berjumpa dengan salah seorang pegawai tentera yang sedang berada di lokasi.



Jelas beliau,  raptai merupakan salah satu jalan untuk memastikan acara berjalan dengan sempurna semasa ia berlangsung pada hari sebenar.


“Dalam raptai apa pun boleh terjadi. Kenderaan boleh rosak, sistem audio boleh tidak berfungsi, baju pun boleh kotor,


“Ini adalah sebabnya mengapa raptai perlu dilakukan beberapa hari sebelum acara sebenar berlangsung,


“Dari raptai, kita boleh kesan kesilapan dan kelemahan. Jadi, apa yang berlaku adalah salah satu daripada lipatan kisah dalam raptai,


“Melalui raptai jugalah kita akan membuat tugasan kita dengan lebih sempurna,” katanya kepada Air Times.


Insiden Jalur Gemilang terbalik berlaku semasa raptai Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka, hari ini. Bendera tersebut kemudian dibetulkan semula dengan serta-merta sebaik sahaja nyanyian lagu Negaraku selesai. Foto: Air Times/Qamarul


Insiden Jalur Gemilang terbalik berlaku semasa raptai Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 di Dataran Merdeka, hari ini. Bendera tersebut kemudian dibetulkan semula dengan serta-merta sebaik sahaja nyanyian lagu Negaraku selesai. Foto: Air Times/Qamarul


Beliau menambah, raptai merupakan satu perkara yang penting yang sentiasa dilakukan berulang kali demi memastikan kesempurnaan pada hari sebenar.


“Upacara menaikkan dan menurunkan bendera merupakan satu tradisi yang utama dalam mana-mana istiadat TLDM,



“Atas sebab itu juga, raptai dilaksanakan berulang kali demi memastikan kesempurnaan hari sebenar,” tambahnya.



Berdasarkan pemerhatian Air Times, bendera tersebut telah diturunkan dan dikibar semula dengan kedudukan yang betul serta merta sebaik sahaja lagu Negaraku selesai.


Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini. – airtimes.my


https://www.airtimes.my/2022/08/29/bendera-terbalik-apa-yang-pelik-inikan-raptai/

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED