Translate

16 April 2022

Tiada rumah terbuka di hari raya pertama di Seri Perdana tahun ini - PM



Rumah Terbuka Seri Perdana iaitu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya tidak akan dilaksanakan pada hari raya pertama Aidilfitri seperti kelazimannya, sebaliknya, dianjurkan pada 8 Mei 2022. - Gambar fail


 Tiada rumah terbuka di hari raya pertama di Seri Perdana tahun ini - PM

Astro Awani

April 16, 2022 14:57 MYT

Tiada rumah terbuka di hari raya pertama di Seri Perdana tahun ini - PM

Rumah Terbuka Seri Perdana iaitu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya tidak akan dilaksanakan pada hari raya pertama Aidilfitri seperti kelazimannya, sebaliknya, dianjurkan pada 8 Mei 2022. - Gambar fail

BERA: Rumah Terbuka Seri Perdana iaitu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya tidak akan dilaksanakan pada hari raya pertama Aidilfitri seperti kelazimannya.

Sebaliknya, Rumah Terbuka Perdana Menteri dan jemaah menteri itu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hanya akan diadakan pada hari raya keenam iaitu pada 8 Mei.

backup_ads

Menurut Perdana Menteri, perubahan acara berkenaan dibuat bagi memberi laluan kepada orang ramai pulang beraya bersama keluarga terlebih dahulu.



Ini adalah kerana, kata Ismail Sabri, cuti musim perayaan tahun ini lebih bermakna selepas dua tahun rakyat Malaysia dilarang balik kampung untuk meraikan lebaran berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19.

“Saya merancang rumah terbuka untuk Perdana Menteri di Seri Perdana tidak dibuat pada hari pertama sebab saya nak beri peluang semua orang balik kampung dulu, jadi kita akan buat hari Ahad (8 Mei).


“Jadi balik kampung dulu, beraya dengan famili sebab sambutan malam ray aitu memang ditunggu-tunggu (umat Islam),” kata Ismail Sabri.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyampaikan sumbangan oleh Yayasan Petronas menerusi program Jelajah Semarak Ramadan di sini, pada Sabtu.

Seramai 4,800 asnaf, ibu tunggal dan anak yatim menerima sumbangan wang tunai itu yang disampaikan hari ini dan esok.

Beliau turut menjangka sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini pasti lebih meriah oleh kerana orang ramai dibenarkan pulang beraya di kampung bersama keluarga masing-masing.

Namun, dalam masa sama, Ismail Sabri mengingatkan masyarakat untuk sentiasa melakukan kawalan kendiri demi keselamatan diri dan orang lain.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan Rumah Terbuka Parlimen Bera yang akan diadakan pada 7 Mei di Laman Kerayong.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED