Translate

05 April 2022

Covid-19 Malaysia; 10,002 New Cases and 28 Deaths (7 BID) recorded on 4 April, 89 Cases in Categories 3,4,5

 



KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 4 April 2022:

  • Kes sembuh: 23,302 kes [4,041,723 kes kumulatif (95.0%)];
  • Kes baharu: 10,002 kes (4,256,469 kes kumulatif);
  • Kes import: 98 kes [94 warganegara (95.9%); 4 bukan warganegara (4.1%)];
  • Kes tempatan: 9,904 kes [9,588 warganegara (96.8%); 316 bukan warganegara (3.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 236 kes (103 kes disahkan COVID-19; 133 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 140 kes (55 kes disahkan COVID-19; 85 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19

Daripada 10,002 kes harian yang dilaporkan pada 4 April 2022:

  • Kategori 1: 5,495 kes (54.94%);
  • Kategori 2: 4,418 kes (44.17%);
  • Kategori 3: 30 kes (0.30%);
  • Kategori 4: 33 kes (0.33%); dan
  • Kategori 5: 26 kes (0.26%).

Daripada 89 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 4 April 2022:

  • 31 kes (34.83%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
  • 34 kes (38.20%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
  • 24 kes (26.97%) telah menerima dos penggalak (booster);
  • 51 kes (57.30%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • 60 kes (67.42%) mempunyai komorbid.

KLUSTER COVID-19

  • Jumlah kluster: 6,940 kluster;
  • Jumlah kluster baharu:tiada;
  • Jumlah kluster yang telah tamat: 6,767 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif: 173 kluster.

NILAI RT

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 4 April 2022

NEGERINILAI RT
Selangor1.03
Sarawak0.85
Melaka0.85
Negeri Sembilan0.84
Perak0.83
WP Kuala Lumpur0.83
WP Putrajaya0.78
WP Labuan0.76
Johor0.75
Pahang0.75
Terengganu0.74
Pulau Pinang0.73
Kedah0.71
Perlis0.70
Sabah0.69
Kelantan0.68
MALAYSIA0.86

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED