Translate

13 April 2022

Cederakan isteri dengan rotan: Pemilik restoran dipenjara 10 tahun, empat sebatan

Cederakan isteri dengan rotan: Pemilik restoran dipenjara 10 tahun, empat sebatan

Astro Awani
13/4/2022

Mohd Faizal Md Yusuf

TAWAU: Seorang pengamal perubatan Islam yang juga pemilik sebuah restoran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun serta empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Tawau hari ini kerana bersalah mencederakan isterinya menggunakan sebatang rotan berukuran 83 sentimeter pada minggu lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Faizal Md Yusuf, 34, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Faizal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Siti Nur Ajeerah lama, 32, menggunakan sebatang rotan di restoran D'archery Garden, Batu 1 Jalan Kuhara Tawau pada jam 1 pagi 6 April lula kerana mengesyaki isterinya berlaku curang.


Sehubungan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Suhaimi Suriana memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana mengambil kira kecederaan yang dialami mangsa yang kini masih dirawat di Hospital Tawau serta mengalami trauma.

Sementara itu, Awang Kerisnada dalam penghujahan penghakiman berkata hukuman dikenakan mengambil kira tahap keseriusan kecederaan yang dialami mangsa.

"Tidak kira sama ada betul atau tidak mangsa curang, itu tidak sepatutnya dijadikan alasan tertuduh memukul mangsa dengan begitu teruk.

"Tertuduh boleh sahaja membuat laporan polis atau merujuk ke Mahkamah Syariah atau mendapatkan khidmat kaunseling kerana perbuatan terhadap isteri itu tidak wajar dan mendera," katanya.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa membuat laporan polis pada 6 April, jam 10.42 malam selepas dirotan suaminya selain berasa terancam kerana sering dipukul tertuduh setiap kali berlaku pergaduhan.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 10 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nasi Kerabu dan Nasi Dagang Viral MAK 3 Anak Gemuk' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'Sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas, pol' 3 hrs 10 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Panglima Angkatan Tentera dilantik Pengerusi' 3 hrs 47 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 4 hrs 3 mins ago