Translate

06 April 2022

Berbuka Puasa Di D'Saji Dewan Perdana Felda "Ramadan Kareem Guzel" Dengan Kumpulan Nasyid Rabbani @ RM98.00 | Ramadhan 2022 | IFTAR 2022

 


Kumpulan Rabbani akan menghiburkan pengunjung yang berbuka puasa di D’Saji Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur di mana Bufet Ramadan tahun ini bertemakan Ramadan Kareem Güzel berkonsepkan masakan dari Turki dan Melayu Asli





Berbuka Puasa Di D'Saji Dewan Perdana Felda "Ramadan Kareem Guzel" Dengan Kumpulan Nasyid Rabbani @ RM98.00


Pengunjung yang datang ke Dewan Perdana Felda untuk berbuka puasa dapat menikmati makanan yang sedap sambil menikmati suasana keceriaan Ramadhan dengan nyanyian lagu-lagu nasyid.

Masakan daripada negara Turki yang dihidangkan termasuk Ankara Grill Whole Lamb, Sehriyelli .Pilav Rice, Chicken Shawarma, Red Lentil Soup, Beef Kebab, Armanian Pizza, Beef and Chicken Kofte, Tahhina & Tomato Salsa dan Ice Cream Turki.



Masakan Malay Authentic atau Melayu Asli yang dihidangkan termasuk Kambing Golek, Bubur Lambuk, Sup Tulang Kambing, Masak Lemak Daging Salai, Asam Pedas Daging Tetel, Ayam Masak Hitam, Rendang Tok dan banyak lagi. Sambal Sotong di sini memang awesome!






Stesen Pasta & Spaghetti, Kuey Teow Goreng, juga ada dihidangkan untuk sesiapa yang suka sedikit kelainan.

Teh Tarik dan Sirap Bandung adalah antara minuman kegemaran ramai yang boleh didapati sini.

Untuk Pencuci Mulut jangan lupa cuba manisan daripada Turki- Baklava (pastry-nya sungguh rangup dan sedap!) dan Ice Cream daripada Turki.

Kuih-Muih Tradisional Melayu, Buah-buahanTempatan, Bubur kacang hijau. Pengat labu dan  dan berbagai jenis kek & Agar-agar juga dihidangkan.

Surau ada disediakan untuk Solat Maghrib, Isyak dan Terawih Berjemaah.

Kalau anda ingin menikmati  suasana berbuka puasa yang bermakna di bulan Ramadan ini, inilah tempatnya. Berbuka dengan makanan yang sedap dan selepas itu solat berjemaah, semuanya dengan harga yang berpatutan. 

HARGA
Dewasa - RM98.00++

Kanak-Kanak-RM58.00++

Bagi Tempahan Berbuka, anda boleh menghubungi
Azahari Che Mat 019-327 3011
Azizah Mohamad 010-339 5614

 




























































Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED