KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 16 April 2022:
- Kes sembuh: 14,346 kes [4,238,471 kes kumulatif (96.7%)];
- Kes baharu: 9,705 kes (4,382,402 kes kumulatif);
- Kes import: 30 kes [25 warganegara (83.3%); 5 bukan warganegara (16.7%)];
- Kes tempatan: 9,675 kes [9,294 warganegara (96.1%); 381 bukan warganegara (3.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 134 kes (72 kes disahkan COVID-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 81 kes (44 kes disahkan COVID-19; 37 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 9,705 kes harian yang dilaporkan pada 16 April 2022:
- Kategori 1: 4,653 kes (47.95%);
- Kategori 2: 5,003 kes (51.55%);
- Kategori 3: 16 kes (0.16%);
- Kategori 4: 15 kes (0.15%); dan
- Kategori 5: 18 kes (0.19%).
Daripada 49 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 16 April 2022:
- 17 kes (34.69%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 15 kes (30.61%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 17 kes (34.69%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 29 kes (59.18%) berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- 27 kes (55.10%) mempunyai komorbid; dan
- 1 kes (2.04%) adalah kes ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,984 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 10;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,868 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 116 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 16 April 2022
NEGERI | NILAI RT |
Selangor | 0.90 |
Negeri Sembilan | 0.88 |
Perak | 0.83 |
Terengganu | 0.83 |
Melaka | 0.82 |
WP Kuala Lumpur | 0.80 |
WP Putrajaya | 0.79 |
Johor | 0.78 |
Pulau Pinang | 0.76 |
Sabah | 0.72 |
Kedah | 0.69 |
Sarawak | 0.67 |
Pahang | 0.66 |
Kelantan | 0.66 |
Perlis | *6 kes |
WP Labuan | *5 kes |
MALAYSIA | 0.85 |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.