Translate

14 March 2022

RM420 juta dibelanjakan bagi mengurus empat pilihan raya negeri (PRN) !????





SPR belanja lebih RM420 juta untuk 4 PRN
FMT Reporters
-March 11, 2022 Perbelanjaan SPR untuk PRN Johor kali ini meningkat sebanyak RM61 juta berbanding PRU14 bagi negeri berkenaan, manakala Melaka meningkat RM32 juta, menurut Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

PETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan lebih RM420 juta bagi mengurus empat pilihan raya negeri (PRN) sejak pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pelaksanaan PRN Sabah adalah RM130 juta; Melaka (RM45 juta) dan Sarawak (RM149 juta).


“Jumlah keseluruhan perbelanjaan SPR bagi pelaksanaan PRN Sabah ke-16, PRN Melaka ke-15 dan PRN Sarawak ke-12 adalah berjumlah RM324 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Fuziah Salleh (PH-Kuantan).


Menjawab soalan berasingan daripada Wong Ling Biu (PH-Sarikei), Wan Junaidi berkata, SPR membelanjakan kira-kira RM96 juta bagi PRN Johor.


“Perbelanjaan merangkumi perolehan pembelian dan sewaan peralatan pilihan raya, kenderaan, pembangunan ICT, logistik, elaun petugas dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan.

“Perbelanjaan ini turut mengambil kira peralatan mengikut garis panduan pencegahan Covid-19,” katanya.

Wan Junaidi turut menjelaskan perbelanjaan PRN Johor kali ini meningkat sebanyak RM61 juta berbanding PRU ke-14 bagi negeri berkenaan, manakala Melaka meningkat RM32 juta.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED