Translate

19 March 2022

Pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 mulai 1 Mei - PM Ismail Sabri

 Pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 mulai 1 Mei - PM Ismail Sabri




KUALA LUMPUR, 19 Mac -- Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan  pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari inpenggulungani.

19/03/2022 06:07 PM


KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini, umum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata perkara itu akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).


“Bagi syarikat-syarikat mikro yang mempunyai kurang pekerja dan kurang pendapatan, Menteri Sumber Manusia (Datuk Seri M. Saravanan) akan berbincang dengan Tan Sri Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi) mohon agar tangguhkan dulu (penguatkuasaan) kepada syarikat-syarikat kecil ini," katanya.


Ismail mengumumkan perkara itu ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di sini hari ini.


Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Feb 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet 2020.


--  BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED