Translate

01 March 2022

Gerakan koperasi digesa perkukuhkan integriti - SKM



Astro Awani
Februari 28, 2022 

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Zazali Haron (kanan) bersama Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi semasa Majlis Ikrar dan Pengukuhan Integriti Anggota Lembaga, Pengurusan di Putrajaya baru-baru ini. - Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR : Gerakan koperasi digesa mengambil inisiatif bersepadu bagi memperkukuhkan intergiti dalam operasi kewangan dan keseluruhan pengurusan.

Menurut Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Zazali Haron, ia demi melahirkan sebuah koperasi yang sihat, bebas rasuah dan berintegriti tinggi untuk menghadapi cabaran industri kewangan koperasi di alaf baharu selaras dengan visi masing-masing.

Malah, 14,629 koperasi di negara ini turut disarankan untuk mengikut jejak Co-op Bank (CBP) Pertama, untuk mewujudkan lanskap gerakan koperasi sihat dan progresif tanpa rasuah menerusi Majlis Ikrar dan Pengukuhan Integriti Anggota Lembaga, Pengurusan dan Warga Kerja CBP buat julung kalinya, baru- baru ini.
 
“Inisiatif integriti juga merupakan penterjemahan daripada tujahan ke-2 TransKoM (2021 – 2025).
“Inisiatif ini bagi pemantapan sistem perundangan dan struktur governan bagi memperkasakan koperasi sebagai pemangkin (catalyst) kepada pertumbuhan sosio-ekonomi yang seimbang, inklusif, progresif dan mampan.

“Koperasi perlu komitmen untuk membudayakan integriti dalam organisasi perbankan itu apabila melafazkan dan menandatangani ikrar bebas rasuah.

“Ikrar integriti yang dilakukan ini adalah untuk menunjukkan komitmen koperasi untuk menggalakkan nilai murni dalam tadbir urus yang baik untuk merealisasikan misi dan visi setiap koperasi di seluruh negara,” katanya, dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, seluruh warga kerja koperasi akan terus meletakkan agenda peningkatan integriti sebagai keutamaan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Inisiatif ini juga dalam misi membantu kerajaan membanteras gejala rasuah, ia tidak terhad kepada SPRM saja, tetapi bermula dari organisasi itu sendiri untuk membanteras kegiatan rasuah.

“Kakitangan koperasi harus menekankan beberapa perkara termasuk menolak penipuan rasuah, penyalahgunaan kuasa, memberi contoh kepimpinan melalui teladan dan melaporkan rasuah kepada pihak berkaitan, bertanggungjawab dan profesional dalam melaksanakan amanah dan tugasan seharian.

“Bersama-sama menyemai benih integriti di dalam pelaksanaan program berkaitan integriti dan memberi contoh yang baik berasaskan kepimpinan melalui teladan serta melaporkan unsur rasuah atau salah laku rakan sekerja kepada pihak pengurusan supaya siasatan dalam dilaksanakan,” ujarnya.

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED