Translate

19 March 2022

Avoid buying crab sticks as it may be harmful to children's health - Dr. Mazliana




Bila tahu pasal pewarna merah dari serangga cochineal, jadi tak lalu terus nak makan isi ketam macam ni.



Parents are advised to avoid buying crab sticks as it may be harmful to children's health

better switch to nutritious food from natural sources

If you want to know more, try reading Dr Mazliana Mazlan's post on facebook

Isi ketam yang tak ada langsung pun ketam dalam tu.
Elak kenalkan anak kita dengan makanan macam ni. Bila anak makan, dia mesti akan rasa nak lagi lepas tu sebab sedap kan isi ketam warna merah putih macam dalam gambar.
Isi ketam macam ni, datang dari surimi.
Surimi tu pulak, datang dari isi ikan. Isi ikan yang dibuang tulang, dan dikisar halus sampai jadi pes isi ikan.
Dah dari isi ikan, takkan tak bagus kot?
Isi ikan yang ini, adalah isi ikan yang tinggi proses. Dicampur dengan gula dan jugak pemanis tiruan.
Proses buat crab stick ni pun, ada banyak sangat bahan yang tak berapa sesuai untuk kesihatan tubuh badan anak-anak kita.
Garam putih yang tinggi.
Minyak sayuran.
Pewarna tiruan.
Perasa tiruan dari ketam.
MSG.
Pengawet.
Tak ada khasiat langsung berbanding ketam sebenar, malah kemudharatan mungkin ada jika tak sesuai dengan keadaan badan anak-anak.
Ketam yang sebenar, susah nak basuh, nak makan pun susah, harga pun mahal.
Berbeza dengan yang kita panggil isi ketam ni. Buka plastik, bilas je untuk basuh. Nak makan lagilah senang. Lari jauh pulak tu harga dengan ketam sebenar.
Walaupun namanya crab stick, atau isi ketam, atau isi berperisa ketam, tapi ianya datang dari semata-mata isi ikan yang tinggi proses.
Kita cuba sama-sama ya, untuk jauhkan crab stick macam ni dari anak-anak kita.
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED