Translate

05 March 2022

Ahmad Idham, Eizlan Yusof kata menteri tak ‘gentleman’, lucut jawatan tanpa sebab | mStar

 









Khidmat Ahmad Idham, Eizlan Yusof di Kementerian Luar ditamatkan - Laporan
Astro Awani

Mac 3, 2022 21:50 MYT
Khidmat Ahmad Idham, Eizlan Yusof di Kementerian Luar ditamatkan - Laporan

KUALA LUMPUR: Khidmat Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof, masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar, sudah ditamatkan.
Sinar Daily melaporkan, perkara itu disahkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, yang memberitahu kontrak kedua-dua mereka telah ditamatkan.

Bagaimanapun, Saifuddin enggan mengulas mengenai punca penamatan kontrak kedua-dua mereka.


“Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya kepada Sinar Daily.

Kedua-dua pelakon tersebut dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 November tahun lalu dengan pelantikan itu diumumkan sendiri oleh Saifuddin.

Sebelum memegang jawatan Setiausaha Kebudayaan, Ahmad Idham merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pebadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Saifuddin dilapor berkata, Ahmad Idham dilantik kerana berpengalaman luas selama 25 tahun dalam industri kreatif, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.

Eizlan pula, katanya tidak asing dalam industri dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 18 mins ago
A visitor from Reston viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 55 mins ago
A visitor from Reston viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 2 hrs ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkuk' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perlindungan warga emas berisiko tinggi, KKM tawar' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Media sosial semakin meloyakan? | BEST FBKL' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 2 hrs 50 mins ago