Translate

01 November 2021

Kumpulan Peragut Menyamar Sebagai Penghantar Makanan Tumpas

Asisten Komisioner Beh Eng Lai (Centre)




Kumpulan peragut menyamar sebagai penghantar makanan tumpas

1/11/2021

Itu dilakukan kumpulan peragut dikenali sebagai Geng Ashmer yang aktif melakukan kegiatan ragut di sekitar kawasan Sentul sejak lima bulan lalu.

Bagaimanapun, kegiatan mereka berakhir selepas empat ahli kumpulannya ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar ibu kota pada 23 hingga 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, modus operandi kumpulan ini adalah dengan menyamar sebagai penghantar makanan.

Katanya, barangan yang diragut seperti rantai emas akan dijual kepada seorang individu dan wang hasil jualan akan dibahagi sesama ahli kumpulan.

Eng Lai berkata, hasil tangkapan semua suspek, polis berjaya merampas pelbagai barang dipercayai hasil ragut dan samun antaranya 36 rantai emas, beg penghantar makanan dan telefon pintar pelbagai jenama.

Sumber: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED