Translate

21 July 2020

30 minit empat MPV kejar kereta dipandu pengedar dadah (Video)



             

 Harian Metro
21 Julai 2020


Lebih 30 minit. Itu masa diambil empat kenderaan peronda polis (MPV) bagi mengejar kereta Proton Iswara sebelum berjaya menahan tiga lelaki yang disyaki pengedar dadah, petang tadi.

 Dalam kejadian jam 3 petang itu, ketiga-tiga lelaki berusia 21 hingga 44 tahun yang mempunyai belasan rekod jenayah itu berjaya ditahan di Jalan Lintas Khidmat, di Kota Kinabalu.

 Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kereta Proton Iswara berkenaan dipandu secara melulu sehingga membahayakan kebanyakan pengguna jalan raya di setiap laluan yang mereka lalui.

 Katanya, ketiga-tiga suspek akhirnya berjaya ditahan selepas kenderaan mereka terbabas sebelum terhenti di Jalan Lintas Khidmat. Habibi berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED