Translate

04 April 2020

#Covid-19 Malaysia Update: New Cases-150 , Total Cases-3483 , ICU-99 (Ventilator - 50 ), Discharged -88 Total Discharged-915 Deaths-4 Total Deaths - 57 | 4 April 2020

Image



Kenyataan Akhbar KPK 4 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia



STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 915 kes (26.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 4 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,483 kes. Daripada 150 kes ini, 80 adalah berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling.
Sehingga kini, seramai 99 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 57 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
  • Kes kematian ke-54 (kes ke-2149) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Institut Jantung Negara pada 23 Mac 2020 dan beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 12.10 pagi.
  • Kes kematian ke-55 (kes ke-860) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 April 2020 jam 4.00 petang.
  • Kes kematian ke-56 (kes ke-2850) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung. Beliau mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1031 dan telah dirawat di Hospital Umum Sarawak, Sarawak pada 30 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 3 April 2020 jam 4.16 petang.
  • Kes kematian ke-57 (kes ke-1575) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada 23 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 3 April 2020 jam 10.25 malam.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. 
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Adalah dimaklumkan bahawa sehingga kini, kebanyakan kes positif yang dikesan adalah berkait dengan mereka yang menghadiri perhimpunan di Seri Petaling (1,545 kes daripada 3,483 kes keseluruhan – 44.36 peratus. Kluster ini merupakan kluster yang terbesar setakat ini dan telah mempunyai beberapa generasi kluster jangkitan, misalnya melibatkan ahli keluarga mereka, kontak rapat di masjid dan juga madrasah tahfiz.
KKM akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mengenalpasti dan menguji semua kontak rapat di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi ini. Orang awam juga diseru agar menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk disaring sekiranya menghadiri atau mempunyai kontak rapat dengan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut.
Orang awam dipohon untuk memberikan kerjasama kepada agensi-agensi yang terlibat dalam memenangi kejadian COVID-19 di Malaysia. Seperti dimaklumkan, tempoh dua minggu akan datang ini adalah amat penting di mana kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.
Justeru, KKM ingin menasihatkan orang ramai untuk duduk di rumah (stay at home) sambil mengamalkan etika kebersihan diri misalnya kerap membasuh tangan dan jarakkan diri (sosial distancing) antara satu sama lain. Sekiranya mempunyai gejala, gunakan penutup hidung dan mulut.
Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 April 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 4 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARUBILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS012
KEDAH081
PULAU PINANG199
PERAK2207
SELANGOR27890
NEGERI SEMBILAN9220
MELAKA275
JOHOR6422
PAHANG24151
TERENGGANU674
KELANTAN2139
SABAH10225
SARAWAK7246
W.P. KUALA LUMPUR52595
W.P. PUTRAJAYA136
W.P. LABUAN111
JUMLAH KESELURUHAN1503,483




Image

Image

Image

Image

Image

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED