Translate

01 April 2020

#Covid-19 Malaysia Update: New Cases-142 , Total Cases- 2908, ICU- 102 (Ventilator - 66), Discharged -108 Total Discharged-645 Deaths- 2 Total Deaths -45

Image may contain: text that says "STATUS COVID-19 DI MALAYSIA April 2020 Kes Kes baharu 142 Kes yang masih dirawat 2,218 Jumlah kes Kes sembuh keseluruhan 645 2,908 Jumlah kematian 102 sedang menerima rawatan di 45 Unit Rawatan Rapi daripada jumlah itu kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Sumber: CPRC"






Ada tanda-tanda awal #COVID19 semakin pulih di Malaysia.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada rakyat Malaysia dalam tempoh dua minggu ini.

Teruskan patuhi arahan duduk di rumah dan amalkan langkah-langkah perncegahan. - KPK
@DGHisham


108 recovered and discharged on Day 15 of MCO ~ the highest todate.

142 new cases added with 2 deaths reported.
Total cases 2908, death toll 45 ( fatality rate 1.5%)

Almost half of hospital beds,
19% of ICU beds
15% of ventilators are in use .


Dua kematian baharu menjadikan 45 kematian setakat 12pm, 1 April 2020.

Kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan
warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar
belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit
jantung.

Kes kematian ke-45 (kes ke-1053) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486).

Kenyataan Akhbar KPK 1 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 108 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 645 kes (22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 1 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 142 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,908 kes.
Sehingga kini, seramai 102 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.
w
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 45 kes (1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
  • Kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-115). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 4.30 pagi.
  • Kes kematian ke-45 (kes ke-1053) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 10.46 malam.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
STATUS SUKARELAWAN UNTUK BERKHIDMAT DI HOSPITAL KKM SERTA PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH SEMASA WABAK COVID-19
Buat masa ini terdapat keseluruhan 2,359 orang sukarelawan yang telah menawarkan diri daripada pelbagai kategori yang terdiri daripada:
  • 65 orang Pakar Perubatan pelbagai bidang;
  • 159 orang Pegawai Perubatan;
  • 909 orang Jururawat;
  • 220 orang Juruteknologi Makmal Perubatan;
  • 704 orang Penolong Pegawai Perubatan;
  • 106 orang Juru X-ray;
  • 56 orang Fisioterapi;
  • 70 orang Pegawai Sains (Mikrobiologi);
  • 7 orang Pegawai Farmasi;
  • 44 orang Penolong Pegawai Farmasi;
  • 11 orang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
  • 2 orang Pegawai Psikologi; dan
  • 6 orang Kaunselor
Ringkasan keseluruhan yang terkini adalah seperti di bawah:
Jadual 1: Senarai Pakar Perubatan mengikut bidang kepakaran
Negeri Pilihan Bertugas:Perubatan KecemasanPerubatan DalamanLain lainAnestesiologiJumlah
WPKL/Putrajaya5611
Wilayah Persekutuan Labuan11
Selangor1761125
Sarawak11
Sabah11
Perak112
Penang213
Pahang22
Negeri Sembilan112
Melaka123
Kelantan112
Kedah1214
Johor14128
JUMLAH KESELURUHAN215212765
Jadual 2: Bilangan keseluruhan pegawai perubatan sukarelawan mengikut tempat asal bertugas dan status terkini pekerjaan.
Pegawai PerubatanBILANGAN
Hospital Swasta16
Klinik Swasta44
Pesara5
Telah Berhenti (Resigned)55
Universiti Awam30
Universiti Swasta9
JUMLAH159
Jadual 3: Bilangan keseluruhan paramedik sukarelawan mengikut jawatan
SKIM PERKHIDMATANBILANGAN
Jururawat909
Juruteknologi Makmal Perubatan220
Penolong Pegawai Perubatan704
Juru X-Ray (Diagnostik)106
Pegawai Fisioterapi56
Pegawai Sains Mikrobiologi70
Farmasi7
Penolong Pegawai Farmasi44
Safety & Health Officer11
Pegawai Psikologi2
Kaunselor6
JUMLAH2,135
KKM sangat menghargai perkhidmatan sukarelawan kesihatan dan perubatan dari pelbagai peringkat dan profession dalam menangani penularan kejadian COVID-19 di Malaysia. Dalam masa yang sama, KKM sedang dalam perbincangan dengan agensi pusat untuk segera memperhalusi mekanisma lantikan secara kontrak bagi pengamal profession perubatan yang berhasrat untuk berkhidmat dengan KKM dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 ini.
KKM sangat mengalu-alukan lebih ramai sukarelawan dan mereka yang ingin berkhidmat dengan KKM untuk tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19 dengan mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan Dan Perubatan COVID-19 seperti di bawah:
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan sesetengah pihak dalam berkongsi maklumat berkaitan pemakanan sihat bagi melawan virus SARS-CoV-2 dan jangkitan wabak COVID-19. Namun demikian, pihak KKM mendapati terlalu banyak dakwaan dan testimoni yang menyatakan pengambilan sesuatu jenis makanan, suplemen atau amalan perubatan tertentu yang berkemampuan menyembuhkan jangkitan COVID-19 ini.
Untuk makluman, setakat hari ini, belum ada sebarang kajian saintifik yang dapat membuktikan mana-mana jenis makanan atau perubatan tradisional yang boleh menghalang jangkitan virus ini. Bagi memastikan tubuh mampu melawan penyakit dengan baik, pastikan setiap hidangan makanan yang diambil adalah sihat, seimbang dan pelbagai.
Tiga (3) amalan pemakanan sihat yang perlu diberi perhatian adalah memastikan:
  • Pengambilan sayur-sayuran sebanyak tiga (3) hidangan setiap hari
  • Pengambilan buah-buahan segar sebanyak dua (2) hidangan setiap hari
  • Minum air kosong sebanyak lapan (8) gelas atau dua (2) liter sehari
Selain itu, pastikan setiap hidangan makanan yang diambil mengandungi sumber karbohidrat seperti nasi, roti, mi dan sumber protein seperti ayam, ikan, daging dan kekacang.
Pihak KKM berharap semua sama-sama mengamalkan pemakanan yang sihat ini di samping mengambil langkah-langkah kesihatan lain seperti kerap cuci tangan dengan sabun dan mengamalkan jarakkan sosial (social distancing).
Untuk mendapatkan maklumat yang betul dan terkini, layari portal rasmi KKM; http://moh.gov.my/index.php atau Bahagian Pemakanan; http://nutrition.moh.gov.my/
Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, orang awam boleh menghubungi virtual health advisory dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan mengikuti sesi Facebook live KKM dari 10.00 pagi hingga 10.30 pagi dan Facebook live DoctorOnCall dari 3.00 petang hingga 3.30 petang yang akan diadakan dari hari Isnin sehingga Jumaat.
Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.
WhatsApp Image 2020-04-01 at 1.44.31 PM
Sumber: Institute of Economic Research (MIER)
Malaysian Institute of Economic Research (MIER) telah melakukan perbandingan trajektori yang diunjurkan oleh mereka (garisan merah) berbanding kes sebenar yang dilaporkan sehingga 31 Mac 2020 (garisan biru). Perbandingan ini adalah selari dengan kenyataan KKM semalam, di mana ianya mungkin menunjukkan tanda awal daripada aktiviti yang dijalankan oleh KKM dan pelbagai agensi dalam tempoh satu bulan kebelakangan ini. Namun begitu, tempoh dua minggu yang seterusnya adalah mustahak, di mana ia akan menentukan samada tindakan yang diambil oleh kerajaan setakat ini memberi impak yang diharapkan.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 April 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 1 APRIL 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI 
BILANGAN KES BAHARU
BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS012
KEDAH279
PULAU PINANG296
PERAK5194
SELANGOR22726
NEGERI SEMBILAN8189
MELAKA1163
JOHOR19368
PAHANG9111
TERENGGANU148
KELANTAN3134
SABAH3209
SARAWAK32188
W.P. KUALA LUMPUR25455
W.P. PUTRAJAYA026
W.P. LABUAN010
JUMLAH KESELURUHAN1422,908


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED