Translate

02 February 2019

SURI rumah, Chang Lin San ketika dibawa untuk menghadapi dua pertuduhan memperoleh wang berjumlah RM1.2 juta hasil aktiviti haram



Suri rumah didakwa memperoleh RM1.2 juta hasil aktiviti haram



SURI rumah, Chang Lin San ketika dibawa untuk menghadapi dua pertuduhan memperoleh wang berjumlah RM1.2 juta hasil aktiviti haram berhubung pembelian hartanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


NURFARAHIN HUSSIN

30 Januari 2019 2:13 PM

PETALING JAYA 30 Jan. - Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperoleh wang berjumlah RM1.2 juta hasil aktiviti haram berhubung pembelian hartanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dua tahun lalu.


Chang Lin San, 35, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mabel S. Mutthiah.


Mengikut pertuduhan pertama, Lin San didakwa memperoleh wang RM950,000 yang merupakan hasil aktiviti haram dari akaun miliknya di Hong Leong Bank Berhad, cawangan Jalan Besar, Susur 1, Seri Kembangan, di sini antara 13 September dan 2 Oktober 2017.

Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa sekali lagi menerima wang RM250,000 di Hong Leong Bank Berhad, cawangan Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini antara 15 September dan 2 Oktober 2017.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Subseksyen 4(1)Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda minimum lima kali nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Februari untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ida Masliza Maarof manakala tertuduh diwakili peguam bela Lim Yoi Ping.

Difahamkan, tertuduh didakwa telah menerima wang tersebut menerusi dua transaksi bayaran daripada seorang ahli perniagaan bagi menguruskan pembelian hartanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, wang yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun syarikat sebaliknya didapati dimasukkan ke dalam akaun peribadi tertuduh.-UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/suri-rumah-didakwa-memperoleh-rm1-2-juta-hasil-aktiviti-haram-1.832285#ixzz5eJ05Yi65
© Utusan Melayu (M) Bhd


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED