Translate

05 February 2019

Aktivis Sosial Kuan Chee Heng Akan Bertanding D PRK Semenyih 2 Mac Ini




Uncle Kentang akan bertanding di PRK Semenyih


Kuan Chee Heng (enam dari kiri) bersama tetamu pada majlis rumah terbuka di rumahnya hari ini. FOTO Ihsan FB Amin Nasiri


Rizanizam Abdul Hamid
mrizanizam@hmetro.com.my





AKTIVIS masyarakat, Kuan Chee Heng mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.

Dia yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, akan menggunakan lambang telefon untuk menentang dua calon daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN).


“Hasrat saya bertanding bukan kerana mempunyai reputasi yang baik dengan orang susah, tetapi untuk menjadi kuasa pendesak kepada dua calon lain daripada PH dan BN melakukan apa yang sepatutnya mereka buat.


“Saya memperjuangkan kemenangan untuk rakyat Semenyih dan tidak perlu bergantung kepada kerajaan mahupun pembangkang untuk membantu mereka, " katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di rumahnya di Puchong hari ini.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandangnya daripada Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Hari penamaan calon ditetapkan 16 Februari ini, manakala tarikh pengundian awal pada 26 Februari.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Februari 2019 @ 12:28 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED