Wanita tipu Den Wahab, Aziz M.Osman pelancongan ke Korea Selatan direman 2 hari
05 Januari 2018 2:13 PM
PETALING JAYA - Seorang wanita yang menyamar sebagai ejen sebuah agensi pelancongan dan menipu pelakon Den Wahab dan pengarah filem Aziz M. Osman berhubung percutian ke Korea Selatan Disember lalu direman selama dua hari bermula hari ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret bermula semalam sehingga hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan. - K! ONLINE