Walaupun kecewa kerana terpaksa berdepan dengan hinaan dan cercaan Netizen mengatakan dirinya seorang perampas kerana berkahwin secara rahsia dengan suami orang sebagai isteri kedua, Izreen Azminda menerima hakikat itu.
BH Online melaporkan, bagi Izreen, mengahwini suami orang dan menjadi isteri orang ialah takdir dan sudah tertulis.
Saya sekadar menumpang kasih dan tidak pernah sesekali berhasrat merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama.Saya tidak sekejam itu, malah tidak akan membenarkan suami meninggalkan isteri pertama semata-mata untuk bersama saya.Saya kecewa dengan cemuhan yang dilemparkan netizen. Mereka menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui cerita sebenar. Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Jika sebelum ini pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29, atau lebih dikenali sebagai Ude mengakui sudah menikahi pelakon Izreen Azminda, 32 sebagai isteri keduanya, Izreen juga mengesahkan kepada Harian Metro yang dia telah bernikah dengan Ude pada 8 Ogos lepas di Damansara.
Izreen bagaimanapun menafikan akan mengadakan sidang media khas mahupun kenduri doa selamat pada 7 Disember ini bagi mengumumkan pernikahannya dengan lelaki itu demi menjaga hati pihak-pihak tertentu:
Majlis khas bertujuan untuk mengumumkan pernikahan saya bersama Ude tak mungkin berlaku kerana dalam hal ini banyak hati dan pihak yang perlu saya jaga.
Berbeza dari sangkaan sesetengah pihak yang menyangkakan Izreen bernikah di Thailand, pernikahan mereka pada hari tersebut telah diwalikan oleh bapa Izreen, Mohd Aznam Mohd Noor.
Iya, kami sudah berkahwin dan sekarang saya telah menjadi isteri kembali.Saya harap penjelasan ini akan menamatkan segala spekulasi yang dibuat terhadap diri saya ketika ini.
Izreen juga meminta semua pihak memahami situasinya dan mendoakan yang terbaik buatnya:
Saya bersyukur kerana kembali bergelar isteri dan dalam waktu sama berharap agar pernikahan ini membawa keberkatan kepada saya dan suami.Cuma dalam situasi sekarang saya minta semua pihak mendoakan yang terbaik.Saya harap perkahwinan ini berkekalan selama lamanya dan harap semua orang akan memberikan doa yang baik buat kami suami isteri.
Penerangan Izreen ini telah memperjelaskan mengenai status-status bahagia yang dikongsi Izreen sejak beberapa bulan lepas di Instagram malah dia juga menggunakan nama ‘Mrs Ude’ dan ‘Madam Izreen Azminda Radzi’ di profil Instagramnya, yang menimbulkan spekulasi banyak pihak bahawa Izreen sudah berkahwin. – beautifulnara.com