Translate

17 December 2014

Felixia Yeap Selebriti Paling Banyak Dicari Di Google 2014

Written by AbangNara | December 16th, 2014

Setiap tahun, Google selaku enjin carian paling hebat di cakerawala akan mengeluarkan statistik pencarian mereka. Untuk tahun 2014, Abang Nara agak kecewa kerana BeautifulNara tidak termasuk di dalam senarai. Tapi tak apa, tahun depan kalau tak ada juga Abang Nara nak resign terus. Hehehe. Apa pun, untuk tahun 2014, Felixia Yeap merupakan selebriti yang paling banyak dicari di Google sepanjang tahun.
felixia yeap
Untuk anda yang tidak mengenali gadis ini, Felixia Yeap telah pun memeluk agama Islam pada bulan Ramadhan tahun ini. Model yang pernah menghiasi beberapa majalah antarabangsa ini telah memilih nama Raisyyah Rania sebagai nama Islamnya. Sebelum memeluk Islam, Felixia Yeap telah pun terlebih dahulu bertudung dan menutup aurat menyebabkan namanya menjadi bualan. Amoi comel la katakan. Hehehe.hanez suraya Di tempat kedua tak lain tak bukan ialah Hanez Suraya. Nama pelakon ini cukup popular sepanjang tahun 2014 kerana kontroversi dengan suami orang, Romie. Hanez juga telah membangkitkan kemarahan orang ramai apabila meminta Liyana Manan, isteri kepada Romie agar meminta maaf kepadanya. Sesungguhnya tahun 2014 adalah tahun yang kurang baik buat Hanez. Semoga tahun 2015 akan membawa sinar yang lebih cerah kepada pelakon jelita ini.
Berikut ialah 10 tempat teratas selebriti yang paling banyak dicari sepanjang tahun 2014. Wak Doyok pun ada tau. Jangan main-main dengan kepopularitan abang berjambang ini.
felixia yeap
Ikuti juga senarai-senarai lain termasuk filem tempatan yang paling banyak dicari di Google 2014. Selamat membaca.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED