Translate

05 November 2014

Rozita Che Wan dan Zain umum nama anak minggu hadapan di program HLive!






Che Ta dan Zain umum nama anak minggu hadapan
Rozita Che Wan dan puteri sulungnya


Che Ta dan Zain umum nama anak minggu hadapan

3 Nov – Pasangan suami isteri Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal mengumumkan nama puteri sulung mereka kepada umum secara eksklusif dalam program hiburan "HLive!" minggu hadapan, seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.
Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga kilogram pada Sabtu kira-kira jam 2.18 petang di Pusat Perubatan Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur dan kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik.


Memetik laporan mStar sebelum ini, pengurus Che Ta, Afiq Wahab memberitahu, "Rozita dimasukkan ke hospital pada jam 8 pagi tadi (Sabtu). Dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga."
Ini merupakan cahaya mata pertama buat Che Ta bersama Zain selepas diijabkabul pada 11 Disember lalu.
Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezra, 16.
Baru-baru ini Che Ta dan Zain telah dilanda kontroversi selepas pusat perubatan tersebut yang merupakan milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) ingin menaja kos bersalin mereka. Ia telah mendapat kritikan ramai termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED