Translate

05 November 2014

Hanez Suraya Putus Cinta, Minta Maaf Pada Semua

Hanez Suraya dah putus cinta



Pelakon drama bersiri ‘Love You Mr. Arrogant’, Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, mahu membuka lembaran baru dan meninggalkan semua cerita kontroversi yang dihadapinya sepanjang tahun 2014.

“Saya mahu menutup semua cerita yang terjadi beberapa bulan yang lalu dan mahu membuka lembaran baru. Selepas ini kalau boleh saya mahu elak perkara yang boleh mengundang kontroversi. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap hal yang saya lakukan,” ujar Hanez memulakan bicara.

Ketika diminta mengulas hubungan cintanya bersama Romie, Hanez menjelaskan yang dia kini tidak lagi bersama Romie tetapi mereka masih berhubung sebagai kawan. Pelakon drama bersiri ‘Suri’ ini juga enggan mengulas lanjut mengenai hubungan mereka.

“Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yang terjadi. Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Buat masa ini, cukuplah. Saya tidak mahu komen lebih-lebih,” katanya ketika ditemui di penggambaran muka hadapan majalah ‘Lisa’ di Midfields Square, Sungai Besi pada Isnin.

Menghadapi penolakan beberapa stesyen televisyen untuk muncul dalam drama-drama siaran mereka kerana kontroversi yang dihadapinya, Hanez bersetuju isu hangat yang terjadi memberi impak terhadap perjalanan kariernya.

“Sedikit sebanyak, saya tak nafikan kontroversi yang terjadi memberi kesan kepada karier saya. Tetapi saya anggap semua yang terjadi kepada saya adalah bukan rezeki. Insya-Allah, mungkin rezeki saya ada tapi akan datang selepas ini. Biar saya senyap seketika, ambil masa untuk muhasabah diri dan belajar daripada kesilapan,” kata Hanez optimis.
Belajar Bisnes
Ditanya mengenai perkembangan terbaru, pelakon drama bersiri ‘Sedetik Cinta’ ini rupa-rupanya sedang belajar selok-belok dunia perniagaan tetapi dia enggan berkongsi jenis perniagaan yang dia lakukan.

“Sekarang saya sedang sibuk belajar bisnes secara perlahan-lahan. Saya pun tak mahu kecohkan sangat sebab saya baru sahaja mahu belajar bertatih dalam dunia perniagaan. Jika perkara itu menjadi kenyataan nanti, saya akan kongsikan dengan semua,” ceritanya ringkas.

Hanez juga sempat meminta maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan cerita kontroversi yang dihadapinya dan memohon agar dia diberikan ruang untuk membuka buku baru dalam kehidupan dan perjalanan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Buat masa sekarang, biar semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Apa yang terjadi, cukuplah. Saya sudah terima macam-macam perkara. Saya mengambil perkara ini secara positif dan saya sudah maafkan semua. Saya terima semua komen dan kritikan yang diberikan. Biar saya buka lembaran baru selepas ini,” katanya.

Ketika ditanya adakah tindakan dia meminta maaf ini sama seperti peribahasa ‘sudah terhantuk baru nak terngadah’, Hanez menjelaskan yang segala kesilapan yang terjadi membuatkan dia belajar.

“Bila terhantuk itu membuatkan kita belajar. Sebab itu kesilapan kita, manusia tidak sempurna. Saya sebagai manusia biasa, saya anggap kesilapan itu membuatkan saya kembali muhasabah diri. Apa yang terjadi betul-betul membuatkan saya belajar,” ucapnya mengakhiri perbualan.
Follow @YahooMalaysia on LINE for daily entertainment updates.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED