Translate

24 April 2025

Siasatan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan bukan sambil lewa - Pegawai penyiasat



Siasatan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan bukan sambil lewa - Pegawai penyiasat

Bernama

23/04/2025


Ibu bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini - Gambar Bernama


PETALING JAYA: Seorang pegawai penyiasat dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa siasatan terhadap ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari tidak dibuat sambil lewa.

ASP Mohd Hafizee Ismail, 38, yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkata demikian, semasa disoal balas peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira dan Zaim Ikhwan pada hari ke-19, perbicaraan kes pengabaian yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Haresh Mahadevan: Saya cadangkan kepada ASP, penyiasatan ASP terhadap kes ini adalah sambil lewa dan hanya menumpukan perhatian untuk mengenakan kedua-dua tertuduh, setuju atau tidak setuju.

Mohd Hafizee : Tidak setuju.

Saksi pendakwaan ke-28 itu juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa siasatan beliau dalam kes tersebut adalah amat lemah dan tidak lengkap.

Haresh Mahadevan: Saya cadangkan bukan sahaja saksi-saksi diminta untuk mengaitkan dan mengenakan tertuduh, anda juga memainkan satu peranan di mahkamah untuk memesongkan fakta semata-mata untuk mendapatkan sabitan.

Mohd Hafizee : Tidak betul.

Ismanira dan Zaim Ikhwan, 30, didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang pada 5 Dis 2023 dan mayatnya ditemukan keesokan harinya di aliran anak sungai berhampiran rumahnya.

Perbicaraan bersambung esok.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Pelajar MRSM dilaporkan hilang ditemukan selamat d' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 1 hr 56 mins ago