Translate

09 April 2025

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US



Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

Bernama

09/04/2025


Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US susulan pembetulan teknikal selepas penurunan baru-baru ini dalam persekitaran prestasi semalaman bercampur-campur mata wang Amerika Syarikat (AS) itu. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US susulan pembetulan teknikal selepas penurunan baru-baru ini dalam persekitaran prestasi semalaman bercampur-campur mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4875/5050 berbanding dolar US daripada 4.4885/4930 ketika ditutup semalam.




Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kejutan disebabkan pengumuman tarif AS baru-baru ini terus menguasai sentimen pasaran.

Beliau berkata, para pegawai White House telah mengesahkan tarif 104 peratus ke atas barangan China terpilih akan diteruskan seperti yang dirancang manakala Beijing dijangka akan bertindak balas.

"Ketika ini, tahap ketidaktentuan terhadap kesan perang perdagangan yang berpotensi berlaku pada ekonomi global akan menjadi tumpuan utama," katanya kepada Bernama.

"Kenaikan tarif terhadap China akan menjejaskan industri yang dipacu eksport, mendorong lebih banyak langkah rangsangan untuk menyokong ekonomi.

"Sehubungan itu, ringgit dijangka akan turut terjejas, memandangkan korelasi yang kukuh dengan yuan China, pada 78 peratus sejak 2015," katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0785/0907 daripada 3.0501/0533, turun berbanding euro kepada 4.9246/9438 daripada 4.9005/9055 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.7368/7592 daripada 5.7210/7268.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8552/9139 daripada 12.8898/9094, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 265.6/266.8 daripada 265.7/266.1 dan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.3169/3304 daripada 3.3224/3259 manakala ringgit berubah sedikit berbanding peso Filipina pada 7.83/7.86 daripada 7.83/7.84 sebelumnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'MALAYSIA, Alexis SueAnn - Contestant Introduction ' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 5 hrs 53 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 6 hrs 49 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 59 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 7 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 7 hrs 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 7 hrs 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 8 hrs 22 mins ago