Translate

03 April 2025

Malaysia Airlines beri amaran akaun khidmat pelanggan palsu di laman media sosial



Malaysia Airlines beri amaran akaun khidmat pelanggan palsu di laman media sosial

Bernama

03/04/2025


Malaysia Airlines mengingatkan pelanggan untuk berinteraksi hanya dengan akaun rasmi mereka yang disahkan sahaja atau menghubungi mereka melalui sembang langsung (live chat). - Foto fail/Malaysia Airlines


KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menasihati pelanggannya agar berhati-hati dengan mesej atau komen yang mencurigakan daripada akaun palsu di laman media sosial yang berpura-pura menjadi wakil khidmat pelanggan mereka.

Syarikat penerbangan itu melaporkan terdapat peningkatan akaun palsu yang menghubungi pelanggan dan berpura-pura menjadi wakil khidmat pelanggan di bahagian komen akaun media sosial rasmi mereka.

"Jangan terlibat dengan penipu ini, kerana mereka mungkin meminta butiran peribadi anda, maklumat pembayaran atau mengarahkan anda ke pautan penipuan.

"Hanya percayakan akaun rasmi kami yang disahkan di Facebook dan X @malaysiaairlines (cari tanda pengesahan biru)," kata syarikat itu menerusi hantaran di akaun X rasminya pada Rabu.

Malaysia Airlines juga mengingatkan pelanggan untuk berinteraksi hanya dengan akaun rasmi mereka yang disahkan sahaja atau menghubungi mereka melalui sembang langsung (live chat).


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED