Translate

08 April 2025

Lelaki disyaki pukul warga emas ditahan



Lelaki disyaki pukul warga emas ditahan

Bernama

07/04/2025


Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul jirannya dengan sebatang besi akibat pertengkaran mulut, Khamis lepas. - Gambar hiasan


MELAKA: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memukul jirannya dengan sebatang besi akibat pertengkaran mulut, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira 1 tengah hari, hari sama selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 65 tahun membuat laporan di Balai Polis Kandang.

"Pada hari kejadian kira-kira 8.30 pagi, ketika pengadu (mangsa) yang juga seorang pesara keluar untuk berjogging, suspek membuat provokasi dengan membaling mercun ke arah rumahnya, namun mangsa mengabaikan dan meneruskan aktivitinya.

"Apabila selesai, pengadu terserempak dengan suspek dan berlaku pertengkaran mulut selain perbuatan meludah ke muka masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata suspek memarahi mangsa serta mengambil sebatang besi lalu memukul ke arahnya dan mangsa cuba mengelak, namun terkena pada bahagian lutut kiri yang menyebabkannya mengalami kesakitan serta bengkak.

Christopher berkata berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek dan suspek kemudian meninggalkan tempat terbabit.

"Kejadian itu dipercayai akibat dendam lama antara suspek dan mangsa kerana menegur mangsa yang membuat bising dengan suka berkaraoke sehingga mengganggu keluarganya.

"Sejak dari itu, kedua-dua belah pihak tidak bertegur sapa antara satu sama lain," katanya sambil menambah suspek direman hingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'MALAYSIA, Alexis SueAnn - Contestant Introduction ' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 4 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 6 hrs 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 6 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 7 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 7 hrs 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 7 hrs 38 mins ago