Translate

08 April 2025

Kunjungan Manchester United ke Malaysia tarik perhatian PM Anwar



Kunjungan Manchester United ke Malaysia tarik perhatian PM Anwar

Bernama

08/04/2025


"Semua negara ASEAN turun sebagai pasukan menentang Man United #ASEAN2025 #GGMU," tulis Anwar.


KUALA LUMPUR: Kunjungan kelab bola sepak Manchester United ke Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun menggamit perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar, yang merupakan peminat kelab juara 13 kali Liga Perdana Inggeris itu, berkongsi hantaran rasmi kelab berkenaan menerusi laman Instagram beliau, mengenai perlawanan menentang pasukan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini pada 28 Mei ini.

"Semua negara ASEAN turun sebagai pasukan menentang Man United #ASEAN2025 #GGMU," tulisnya sambil diiringi lagu keramat Manchester United berjudul Glory Glory Man United.

Kali terakhir United beraksi di Malaysia adalah pada siri jelajah pramusim 2009, menewaskan Malaysia XI dua kali, 3-2 dan 2-0, masing-masing pada 18 dan 20 Julai di Stadium Nasional.

Selain perlawanan di Malaysia, juara Eropah tiga kali dalam kenyataan hari ini memaklumkan jelajah pascamusim mereka turut melibatkan perlawanan menentang Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.

Ini merupakan kepulangan Manchester United ke Asia selepas kemenangan 4-0 menentang Liverpool di Bangkok pada Julai 2022 manakala kali terakhir mereka menjejakkan kaki ke Hong Kong adalah pada 2013.

Selepas jelajah di Asia, Manchester United akan menentang Leeds United di Stockholm pada 19 Julai sebelum berlepas ke Amerika Syarikat untuk Siri Musim Panas Liga Perdana menentang West Ham United (26 Julai), diikuti Bournemouth (30 Julai) dan Everton (3 Ogos).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'MALAYSIA, Alexis SueAnn - Contestant Introduction ' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 4 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 6 hrs 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 6 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 7 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 7 hrs 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 7 hrs 38 mins ago